Kualiti ‘Garrido’s Ball’ Raih Pujian Penuh Peminat Harimau Malaya

Nama pengendali skuad bawah 20 (B-20) Harimau Malaya iaitu Juan Torres Garrido dilihat semakin membuahkan hasil selepas beliau berjaya membawa pasukan muda kebangsaan tampil positif kini di pentas Kelayakan Piala Asia B-20 2025.

Terdahulu, Malaysia tampil dengan rekod cukup menarik apabila mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat Kumpulan E selepas mereka mengharungi dua perlawanan.

Bermula dengan siri kemenangan 2-1 mengatasi Oman, ramai peminat bola sepak tempatan mula memberi tumpuan kepada skuad pembangunan ini yang menampilkan kualiti permainan menyakinkan.

Momentum itu diteruskan apabila skuad muda Harimau Malaya berjaya mengikat Korea Utara seri 0-0 untuk terus memastikan mereka unggul tanpa sebarang kekalahan.

Carta Kumpulan E kini menyaksikan mereka berada di tangga kedua untuk berkongsi jumlah kutipan empat mata bersama Korea Utara dan hanya dibezakan oleh jumlah jaringan sahaja.

Pada aksi menentang Korea Utara lalu, ramai peminat tampil memberi pujian kepada skuad kendalian Garrido untuk menyekat momentum kemenangan Korea Utara menerusi keputusan seri tanpa jaringan.

“K.U ni mmg kuat, pernah berapa kali tu layak ke world cup..main 10 orang pun masih mampu buat serangan bahaya..tpi syabas buat H.Muda dapat patahkan serangan dengan baik juga banyak buat serangan,” puji Firdaus Hj Ismail.

“tengok mainan korea ja pun macam Malaysia kena bolos,tpi boleh tahan juga pemain Malaysia gagalkan serangan pemain Korea tu,” komen MG BG.

“Alhamdulillah..kira dah ok tu..satu lagi team pilihan kena lawan Tajikistan..akhir sekali baru jumpa team sama setaraf Sri Lanka.. semoga dua game akhir beroleh kemenangan,” kata Azitazizul Azitazi.

“Padu wei game play budak2 ni.berani pegang bola..semalam nasib baik ada ikhsan life dari youtube geng belah sana.harap malaysia mmg payah lah,” ujar Fairuz Je pula.

“Tapi tadi tengok sedap budak-budak Malaysia ni main..back 4 jalankan keje dengan baik…apa2 pun gold job and tahniah,” jelas Mab Bam.

Aksi seterusnya menyaksikan Malaysia bakal menghadapi cabaran Tajikistan pula pada hari ini jam 11 malam dalam misi untuk meraih keputusan positif seterusnya.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan supaya skuad muda kebangsaan ini meraih keputusan positif sekali gus mengharumkan nama bola sepak Malaysia di mata Asia serta dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN