Kuala Lumpur, PKNP FC Dan FELDA United Berisiko Turun Ke Liga Premier 2020

Saingan Liga Super kini sudah hampir ke penghujungnya dengan hanya baki 5 lagi perlawanan yang tinggal. Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin pasti dinobatkan sebagai juara buat kali keenam namun persaingan di peringkat bawahan liga tidak kurang hebatnya.

Tiga pasukan tercorot iaitu Kuala Lumpur, PKNP FC dan FELDA United kemungkinan akan mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super jika mereka gagal mengutip tiga mata dalam perlawanan yang seterusnya.

Berdasarkan kedudukan terkini, Kuala Lumpur kini berada ditangga kesepuluh dengan 14 mata, PKNP pula berada ditangga kesebelas dengan 13 mata manakala FELDA United yang masih mempunyai baki satu perlawanan kekal di tangga tercorot dengan 12 mata.

Kuala Lumpur mahu elak zon penyingkiran ke Liga Premier

Setelah tewas 0-1 kepada Melaka United di Cheras kelmarin, pengendali skuad warga kota, Chow Yee Fat mengakui pasukannya tidak mempunyai pilihan lain dan perlu berusaha dengan lebih gigih jika mahu kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain sayap pasukan kebangsaan Filipina, Patrick Reichelt, pada minit ke-43 telah meranapkan impian Kuala Lumpur untuk mengutip tiga penuh sekaligus memberi tekanan kepada pemain.

“Kami telah berusaha untuk mengikut perancangan yang telah ditetapkan tetapi apabila masa semakin suntuk, pasukan semakin terdesak dan gagal untuk bermain dengan cemerlang,” kata Chow Yee Fatt dalam Stadium Astro

FOTO: MUSA
PKNP terdesak untuk kekal dalam Liga Super

Pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim menyuarakan keyakinan tinggi bahawa anak buahnya akan menamatkan baki lima perlawanan dengan mengutip mata maksimum.

Beliau berkata demikian berdasarkan prestasi pasukannya selepas bertemu dengan dua pasukan teratas liga, JDT dan Pahang.

“Sudah pasti, satu atau dua kemenangan diraih akan membantu mana-mana pasukan ke depan sekali gus keluar dari zon penyingkiran.

“Dengan berbaki lima perlawanan, saya akan pastikan mata maksimum diraih selepas bertemu dengan dua pasukan berada di tempat teratas seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang,” katanya dalam Berita Harian.

FOTO: PKNP FC
Nidzam akui tugas sukar sedang menanti FELDA United

Ketua jurulatih FELDA United, Nidzam Jamil menyifatkan pasukannya kini berdepan kesukaran untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan berikutan kecederaan yang kembali menimpa tonggak utama.

Ayam tambatan dari Singapura, Khairul Amri Kamal, dilaporkan mengalami kecederaan yang menuntut proses pemulihan selama dua minggu.

FOTO: FELDA United

“Ia amat sukar untuk kami bermain baik dalam perlawanan ini. Tiga ke empat hari lalu, kami bermain baik ketika menentang PKNS, namun secara tiba-tiba segala-galanya merudum.

“Kami tidak mencipta banyak peluang dan jarang-jarang memberikan ancaman kepada lawan.

“Selepas lawan bermain dengan 10 pemain pada minit ke-60, barulah kami dapat bermain bola sepak, namun hanya mendapatkan satu atau dua peluang,” katanya dalam Stadium Astro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN