Kuala Lumpur Memperkenalkan Jersi Baharu Untuk Musim 2018

Semalam, pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur melancarkan jersi rasmi mereka yang akan dipakai bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Bertempat di Berjaya Times Square, majlis pelancaran jersi itu disempurnakan oleh Penaung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lebih ratusan penyokong setia skuad The City Boys itu turut memeriahkan suasana dan tidak mahu ketinggalan menyaksikan pelancaran jersi baharu pasukan kesayangan mereka.

Jersi yang akan dipakai oleh skuad Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia itu mempunyai tiga warna iaitu merah untuk jersi home (tuan rumah), biru untuk jersi away (tempat lawan) serta jersi warna ungu sebagai jersi ketiga.

Selain pelancaran jersi, pada masa yang sama mereka turut memperkenalkan barisan pemain yang baru yang mewakili pasukan Kuala Lumpur untuk musim ini.

Musim ini skuad warga kota itu diperkuatkan dengan beberapa pemain yang berpengalaman.

Antara muka baharu tempatan yang bakal menguatkan skuad kendalian Fabio Marciel itu ialah Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak dari Perak, Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), Mohd. Firdaus Fauzi (Terengganu) dan Mohd Saiful Nizam Miswan dari Pahang.

Tonggak import yang bakal mengemudi jentera skuad juara Liga Premier itu musim lepas ialah Junior de Souza, Paulo Josue, Boburjon Akbarov dan penyerang sensasi, Guilherme de Paula yang dikekalkan.

Sebelum ini, pemain dari Indonesia iaitu Achmad Jufriyanto dan pemain berpengalaman Singapura, Baihakki Khaizan dikhabarkan akan menyertai Kuala Lumpur bagi mengisi kuota pemain import Asean namun hasrat itu terpaksa dilupakan selepas kedua-dua pemain terbabit menolak tawaran dari KLFA.

Kuala Lumpur layak ke saingan Liga Super selaku juara Liga Perdana musim lalu mengetepikan Terengganu sekali gus menamatkan penantian lima tahun selepas tersingkir ke Liga Perdana pada 2013.

Anak buah Fabio Maciel itu bakal mengharungi aksi ‘Derbi Lembah Klang’ bertemu Selangor pada perlawanan pembukaan Liga Super di Stadium Cheras pada 4 Februari ini.

feature image credit: Kelab Penyokong Bolasepak Kuala Lumpur

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN