Kuala Lumpur City Terpaksa Tukar Venue Kerana Stadium Dipakai Orang Kenamaan?

Kuala Lumpur City

Jika sebelum ini  Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pernah menjadi perdebatan warganet di media sosial akibat hampir berlaku pertindihan acara ketika itu iaitu antara perlawanan Piala AFF 2022 jika Malaysia ke peringkat akhir bersama konsert Jay Chou.

Kita menyangka isu seperti ini tidak akan berulang lagi sebaliknya ia masih terjadi sehingga kini.

Cuma bezanya adalah ia bukan melibat pasukan kebangsaan dan persembahan artis luar negara.

Menurut sumber dari seorang wartawan Astro Arena, perlawanan Liga Super yang akan berlangsung pada 11 Mac ini melibatkan tuan rumah, Kuala Lumpur City menentang Negeri Sembilan yang sepatutnya diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Namun mungkin akan berlaku pertukaran venue iaitu pasukan pelawat pula akan bertindak selaku tuan rumah.

Difahamkan, pada tarikh tersebut, stadium tersebut akan berlangsung acara melibatkan orang kenamaan yang merupakan pemimpin tertinggi negara.

Program yang dimaksdukan itu adalah Program Selawat & Munajat Perdana yang akan menyaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Sheikh Razak al-Masri, Sheikh Abdul Karim Omar al-Makki dan ramai lagi.

Isu seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan ini membuktikan kelemahan kedua-dua pihak dalam berhubung antara satu sama lain sehingga bertembung pada hari yang sama.

Perkara ini juga antara kelemahan pihak stadium di Malaysia kerana selain acara sukan, mereka memberi peluang dan ruang untuk orang ramai menggunakannya bagi apa-apa majlis asalkan ia mendatangkan keuntungan.

Oleh yang demikian, peminat bola sepak tidak perlu hairan kenapa keadaan padang di Malaysia bukanlah yang terbaik di rantau ini.

Tiba masanya pihak berwajib atau mereka yang diberi tanggungjawab mengendalikan sesuatu acara yang melibat jumlah tontonan ramai mencari tempat lain selain stadium. Mungkin boleh bina satu tempat yang dikhaskan untuk menjalankan konsert atau seumpama dengannya.

Jika perkara ini terus berulang, tiada guna jika setiap pasukan membaiki padang dan jaga dengan rapi tapi memberi kebenaran pihak lain menggunakan sewenang-wenangnya.

Tapi itulah, hendak salahkan sepenuhnya pihak perbadanan stadium pun tidak boleh kerana majoriti pasukan di Malaysia ini hanya menumpang atau menyewa padang tersebut.

Masih banyak pasukan belum ada padang sendiri dan tidak terkejut sangat perkara ini sering terjadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN