Kuala Lumpur Buru Penyerang Kelab Serie A Brazil, Everton Heleno

Pendatang baru Liga Super, Kuala Lumpur sudah mula membina pasukan yang mantap dengan masuk beberapa pemain tempatan dan pemain import yang berkualiti.

Terkini, mereka mahu mendapatkan khidmat pemain tengah menyerang dari Brazil, Everton Heleno untuk mengisi salah satu kuota pemain import bagi kempen Liga Super musim depan.

Menurut sumber, Heleno akan menggantikan pemain tengah Argentina, Nicolas Dul yang tidak dikekalkan manakala pemain dari Mali, Modibo Konte yang menghabiskan separuh musim lalu beraksi dengan Perlis secara pinjaman turut dilepaskan.

Kredit foto: Kuala Lumpur The City Boys

Jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel berminat untuk memancing Heleno, 26, yang kini beraksi dengan kelab Brazil Serie A kerana gaya permainannya seperti bintang Barcelona Paulinho.

“Kami akan membawa masuk pemain dari Brazil dan dia pemain tengah menyerang yang hebat. Gaya permainannya seperti Paulinho,” kata Maciel yang membantu Kuala Lumpur menjuarai Liga Perdana selepas dilantik sebagai jurulatih pada April lalu.

“Heleno boleh bertahan dan menjaringkan gol jadi kehadirannya akan memantapkan pasukan. Dengan kombinasi pemain baru tempatan, saya fikir kami akan mempunyai pasukan yang bagus untuk bersaing dalam Liga Super tahun depan.”

Penyerang Guilherme De Paula sudah menyambung kontrak baru bersama Kuala Lumpur selepas meledak 30 gol dalam semua pertandingan manakala pemain tengah, Paulo Josue juga masih berada dalam perancangan pasukan.

Skuad The City Boys juga turut mengadakan perbincangan dengan pemain pertahanan Uzbekistan, Boburjon Akbarov bagi kontrak baru selepas mereka menggugurkan empat pemain tempatan.

Penjaga gol Remezey Che Ros, pertahanan Naufal Naim Tony Rosdin, pemain tengah Syazmin Firdaus Aminuddin dan penyerang Arif Anwar turut bersama Dul serta Modibo yang ditunjukkan jalan keluar oleh pihak pengurusan Kuala Lumpur.

Mereka mengisi kekosongan itu dengan mengikat kontrak pemain pertahanan kiri Kedah, Fitri Omar serta sedang membuat tawaran kepada pemain tengah kelahiran Australia, Brendan Gan. – BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN