KSR Sains Tumpu Persiapan Lebih Mantap Bagi Hadapi Liga M3 2020

KSR Sains

Finalis pusingan play off ke Liga M3 2020, KSR Sains melaungkan hasrat untuk bermain di Liga M3 musim depan selepas berjaya menyambar salah satu slot ditawarkan apabila mara ke perlawanan akhir yang berlangsung pada 28 Disember ini di Stadium UITM Shah Alam.

Ketua jurulatih KSR Sains, Syed Mazlan Syed Zubir, berdasarkan perbincangan awal dengan pengurusan, pasukan itu akan melakukan persiapan lebih baik bagi menghadapi tahap persaingan Liga M3 yang pasti lebih mencabar.

Dengan dibarisi beberapa bekas pemain yang pernah beraksi di Liga Super dan Liga Premier, KSR Sains dijangka mampu memberi cabaran sengit kepada pasukan-pasukan lain.

“Kami adalah wakil dari Negeri Sembilan dan saya rasa gembira kerana dapat menjadi pengganti kepada Penjara FC sepertimana yang diharapkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

“Memang hasrat kami mahu bermain di Liga M3 jika mendapat peluang dan berdasarkan perbincangan awal dengan pengurusan, secara dasarnya kami akan cuba mengharungi saingan Liga M3 musim depan.

“Malah mungkin ada penambahan lagi satu atau dua pemain, menguatkan lagi bahagian yang kita lihat ada kekurangan bagi memantapkan lagi pasukan, ” katanya.

Juara Piala Presiden PBNS itu mudah membenam cabaran AZE FC melalui kemenangan besar 6-1 pada 21 Disember lalu dengan dua jaringan menerusi Khaizil Jasmi pada minit 4 dan 45 selain bekas penyerang Negeri Sembilan, Firdaus Azizul pada minit 28 dan 61.

Mohd. Suhaili Abdul Rahman dan Sesoo Moses masing-masing turut sumbangkan satu jaringan pada minit 37 dan 80 manakala jaringan saguhati AZE FC melalui Ismail Mamat pada minit 43.

Ikram Muda FC bakal menjadi lawan KSR Sains pada aksi final pusingan play off kelayakan ke Liga M3 apabila mereka menyingkirkan juara Liga Komuniti Puchong, Thai Selangor FC, menerusi kemenangan 3-2 selepas masa tambahan.

Dalam masa sama, Syed Mazlan berbangga dapat membantu anak jati Negeri Sembilan yang sukar mendapatkan tempat di pasukan-pasukan lain meneruskan kerjaya mereka bersama KSR Sains.

Menurutnya, perkara itu sememangnya menjadi salah satu objektif utama pihak pengurusan selain membuka peluang pekerjaan kepada pemain-pemaint tersebut.

“Secara dasarnya, kami memang mahu memberi ruang terutama pemain yang berasal dari Negeri Sembilan jika mereka tiada pasukan berminat mengambil mereka.

“Bukan sahaja beraksi dengan pasukan tetapi mereka diberi ruang menjadi staf untuk bekerja dengan KSR Sains jika ada peluang pekerjaan bersesuaian kepada mana-mana pemain, “ katanya.

Antara pemain yang mempunyai nama-nama besar dan kini menjadi tonggak KSR Sains ialah Yosri Derma Raju, K. Ravindran, A. Segar dan Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad selain Firdaus Azizul.

Kredit foto: Amateur Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN