Kronos Tampil Jadi Penaja Empat Penjaga Gol Liga Malaysia

Kronos

Pengeluar barangan sukan dari Itali, Kronos terus mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan lagi jenama tersebut kepada generasi masa kini di Malaysia selepas melantik beberapa penjaga gol tanah air sebagai duta mereka.

Antara yang terlibat bagi memeterai perjanjian selama dua tahun tersebut adalah penjaga gol Selangor, Mohd Farizal Bin Harun, Mohd Remezey Bin Che Ros yang kini beraksi bersama UKM FC, penjaga gol muda dari Perak II, Shafiq Afifi Bin Suhaimi serta Muhammad Zarif Irfan Bin Hashimuddin (Felda United).

Dengan pelantikan duta yang berlangsung di Mitsui, semalam itu , pihak Kronos Malaysia mengharapkan agar jenama ini akan mula mendapat tempat dihati peminat bola sepak tempatan kerana kualiti barangan mereka adalah setanding dengan jenama terkemuka yang telah lama bertapak di Malaysia.

Dengan teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk seperti kasut bola, sarung tangan, pakaian dan aksesori, Kronos turut berharap jenama ini akan terus bersaing untuk mencapai mutu yang tertinggi.

Untuk pengetahuan, jenama yang diasaskan pada tahun 1973, di Treviso, Montebeluna, Itali adalah pengeluar barangan bola sepak di mana banyak menaja kelab bola di Itali.

Paragon Vest Sdn Bhd telah menjadi pengedar utama barangan jenama tersebut sejak tahun 1998 di Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand. Semenjak dari itu Kronos Malaysia memperluas koleksi mereka selain bola sepak seperti badminton, futsal, aksesori sukan dan lain-lain.

Peminat bola sepak boleh mendapatkan barangan Kronos di Sport Direct Malaysia, Al Ikhsan dan juga pengedar yang sah di seluruh negara.

Kredit foto: Kronos Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN