Eksport KRC Genk Sejak 2011 Yang Membuatkan Anda Kagum!

KRC Genk bukanlah kelab yang popular di kalangan peminat bola sepak. Kelab ini berpengkalan di Belgium. Sejak 2011, KRC Genk menjual ramai bakat bola sepak. Ada di antaranya menjadi pemain elit.

1. Wilfred Ndidi – Leicester City – 2016 (£17 juta)

Beliau baru sahaja menyertai Leicester City. Pemain ini memiliki kualiti yang sangat baik dan dijangka akan menjadi pemain penting dalam skuad Ranieri. Ndidi bermain di posisi pemain tengah bertahan.

Debut beliau dalam EPL adalah tewas di tangan Chelsea 3-0.

2. Christian Benteke – Aston Villa – 2011 (£11.5 juta)

Pada 2012, KRC Genk mencipta rekod penjualan termahal kelab mereka dengan nilai £11.5 juta. Pemain ini berjaya menarik perhatian banyak kelab ketika aksi cemerlang di Aston Villa.

Beliau antara penyerang terbaik di EPL pada musim 2014/15 namun gagal membantu Villa mengelakkan penyingkiran Aston Villa pada akhir musim.

Benteke kemudian menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan £32.5 juta. Karier di Liverpool agak hambar. Namun Liverpool masih boleh menjual pemain ini dengan harga £32 juta kepada Crystal Palace.

Beliau kini mendapat semula rentak.

3. Thibaut Courtois – Chelsea – 2011 (£7.5 juta)

Pada usia 21 tahun, beliau sudah diumumkan sebagai penjaga gol tebaik Belgium. Beliau kemudian menjadi bakat tumpuan dunia ketika Chelsea mengumumkan pembelian beliau.

Courtois kemudian dipinjamkan ke Atletico Madrid untuk pembangunan karier kerana Petr Cech masih dalam prestasi yang baik.

Beliau menjadi penjaga gol utama di Atletico sepanjang tempoh pinjaman 3 tahun di sana. Beliau membantu Atletico menjuarai Europa League, UEFA Super League dan La Liga.

Pada 2014, Chelsea memanggil beliau. Di Chelsea beliau sudah ada 1 gelaran EPL dan 1 Piala Liga. Nilai pasaran beliau pada hari ini agak tinggi.

4. De Bruyne – Chelsea – 2012 (£7 juta)

Chelsea terus mencari prospek berbakat di Belgium selepas Courtois. Kali ini mereka datang sekali lagi ke KRC Genk.

Pemain muda bertenaga Kevin De Bruyne berjaya dibeli dengan harga £7 juta. De Bruyne dipinjamkan ke Werder Bremen.

Setelah kembali daripada pinjaman, Chelsea membuat keputusan untuk menjual De Bruyne pada 2014 ke VFL Wolfsburg. Ketika musim 2014/15, De Bruyne menjadi pemain yang mendapat perhatian di Eropah.

Beliau membantu Wolfsburg menjuarai DFL-Supercup menewaskan Bayern Munich pada 2015.

Ianya membuatkan City menghantar 3 bidaaan bermula dengan £48 juta(ditolak), £50 juta(ditolak), dan £55 juta(diterima).

Ianya rekod perpindahan kelab mereka ketika itu dan menjadi pemain kedua termahal dalam sejarah EPL pada ketika itu selepas Angel Di Maria. Kini beliau menjadi pemain penting untuk Belgium dan Manchester City.

5. Milinkovic Savic – Lazio – 2015 (£7 juta)

Pemain muda ini sedang beraksi untuk Lazio. Beliau juga menjadi prospek yang cerah di Eropah. Masih dalam proses pembangunan karier.

Memiliki fizikal yang keras bermain di posisi tengah bertahan. Beliau sudah mendapat perhatian banyak kelab utama di sekitar Eropah.

6. Kalidou Koulibaly – Napoli – 2014 (£6 juta)

Pemain bek tengah ini merupakan sasaran utama Antonio Conte ketika beliau tiba di Stamford Bridge namun harga yang diletakkan Napoli agak tinggi dan Conte terpaksa melupakan hasrat beliau.

Beliau antara pertahanan yang terbaik di Eropah pada musim lalu. Membantu Napoli menjuarai Supercoppa Italiana pada 2014.

Itulah antara bakat-bakat yang dijual oleh KRC Genk sejak 2011. Nampaknya KRC Genk antara pusat pembangunan bakat muda yang sangat baikl Ramai lagi yang mereka jual yang anda mungkin boleh tambah!

Baca juga: Manchester United, Majikan Bola Sepak Yang Paling Tinggi Mengeluarkan Gaji Pemain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN