Kramer Disingkirkan Daripada Pemilihan Pasukan Kerana Makan Sandwich

Seorang pemain bola sepak profesional memiliki rutin makan dan minum yang berbeza dengan kita semua. Setiap pemain bola sepak akan menerima satu garis panduan pemakanan oleh pakar nutrisi.

Mereka memiliki garis panduan yang berbeza-beza berdasarkan banyak faktor termasuk keperluan badan serta keadaan kesihatan mereka.

Di Belanda, Michiel Kramer telah melanggar garis panduan itu ketika sesi latihan pasukan sebelum memulakan perlawanan menentang Heracles Armelo dalam Piala Liga.

Kramer telah didapati memakan sandwich croquette tanpa kebenaran daripada pakar nutirisi. Kesannya, pengurus Feyenoord, Giovanni Van Brockhorst telah mendenda pemain itu.

Kramel telah dikeluarkan daripada saringan untuk pasukan yang akan bermain menentang Roda JC Kerkrade dalam perlawanan sebelum Hari Natal.

Ada yang menganggap tindakan Kramel itu adalah protes terang-terangan ke atas pengurusan selepas beliau diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan sebelum ini.

Namun Van Bronckhorst menafikan Kramel sengaja protes kerana diletakkan di bangku simpanan. Van Bronckhorst turut kecewa dengan sikap tidak profesional Kramer yang mengambil mudah isu makanan. Van Bronckhorst berkata:

“Michiel seorang yang sangat baik dalam dedikasi dalam kerja beliau. Saya ada beberapa kali bertengkar dengan dia kerana tak sama pendapat tetapi dia tetap profesional.”

“Apa yang dia lakukan ini tiada kaitan dengan protes atau provokasi.”

Pengarah Teknikal Feyenoord, Martin Van Geel mendapat tahu perkara ini daripada pegawai mereka. Beliau berkata:

“Tindakan Michiel tidak profesional dan pada pandangan kami, ianya tidak dapat diterima. Kelakuan seperti ini tidak sesuai dilakukan atlet dalam iklim sukan peringkat tertinggi.”

“Di Feyenoord kami memerlukan semua pemain kami bersikap profesional dan menunjukkan contoh yang baik.”

Begitu ketat mereka mengawal pemain mereka. Itulah sebab pemain bola sepak dibayar gaji puluhan ribu seminggu. Mereka akan melalui hidup yang berbeza dengan orang lain.

Sandwich croquette yang kecil itu pun sudah jadi isu besar. Bayangkan pula kalau mereka melantak makanan segera tanpa kebenaran. Ia sudah pasti membuatkan mereka dihukum lebih berat dan dipotong gaji.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN