Kpah Sherman ‘Gemparkan’ Kem Kedah, Semakin Hampir Sertai Terengganu FC?

Kpah Sherman Kedah Terengganu

Walaupun berada dalam perancangan musim hadapan bersama Kedah Darul Aman FC, penyerang, Kpah Sherman memilih untuk melangkah keluar tinggalkan pasukan untuk menyertai pasukan lain musim baharu.

Menerusi pengumuman di laman sosial KDA FC, perkara tersebut diumumkan dengan menyatakan penyerang skuad kebangsaan Liberia itu memilih untuk memperbaharui kontraknya dengan pasukan berbeza, dan ini memperkuatkan perkhabaran yang mengatakan Kpah Sherman sedang menuju ke Terengganu FC.

“KDA FC menghormati pilihan Kpah Sherman untuk melanjutkan kontrak musim 2022 dengan pasukan berbeza walaupun barisan kejurulatihan berhasrat mengekalkan beliau semusim lagi,” titip kenyataan tersebut sambil merakamkan penghargaan atas sumbangan tenaga dan berjuang bersama mereka untuk dua musim.

Untuk rekod, Kpah Sherman menyertai Kedah pada musim 2020 dan telah meledak 19 gol untuk dua musim.

Gandingan Afrikanya bersama Kipre Tchetche boleh dikatakan menghadirkan rasa gerun pihak lawan, malah gandingan mereka berdua berjaya menghasilkan 36 gol untuk dua musim. Di saat Kedah mengumumkan hanya tiga pemain import dilepaskan sebelum ini, Kpah Sherman menjadi pemain ke-4 yang turut dilepaskan.

Sebelum ini, Kedah sah tidak menyambung kontrak tiga pemain import iaitu Renan Alves, Rabih Ataya dan Anumanthan Mohan. Dan pihak pengurusan cuba untuk mengekalkan dua penyerang import mereka, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche. Begitupun, melihatkan khabar angin, kedua-duanya hangat dipancing.

Kipre Tchetche sebelum ini dikaitkan dengan pasukan di Lembah Klang dengan Selangor disebut-sebut antara yang cuba memancingnya, sementara Kpah Sherman pula dikatakan akan menyertai kem Nafuzi Zain.

Pada 21 November lalu, Kpah Sherman ada meninggalkan bayangan seolah-olah akan meninggalkan pasukan. Ungkapnya, “Selamat tinggal atau semoga berjumpa lagi? Saya akan kenang Darul Aman selamanya.”

Dengan pengundurannya, ini bermakna beliau melepaskan peluang untuk beraksi di pentas Asia apabila Kedah akan bertanding dalam saingan Piala AFC 2022 apabila menamatkan saingan Liga Super selaku naib juara.

Selain itu, ini bermakna skuad Hijau Kuning perlu mencari pengganti setara dengannya kerana kali terakhir penyerang Kedah meledak lebih 10 gol dalam semusim saingan liga adalah pada tahun 2017 yang telah dilakar oleh Ken Ilso dengan 15 gol dalam 18 penampilannya. Dengan ‘kejutan’ ini, bagaimana perancangan mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN