Kpah Dan Kipre: Dulu ‘Bermusuh’, Kini Bergandingan

Dua penyerang baharu Kedah, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche dalam beberapa musim lepas pernah berdepan antara satu sama lain apabila bekas pasukan mereka bertemu dalam saingan Liga Malaysa (Liga-M).

Tetapi tidak ramai yang tahu sebenarnya dua pemain dari Afrika itu pernah juga bersaing di Liga Tanzania. Ketika itu, Kpah mewakili kelab Young African SC, manakalah Kipre pula bermain untuk pasukan Azam FC.

Selepas menjadi ‘musuh’ untuk beberapa tahun, kini dua pemain itu digandingkan dalam satu pasukan dengan reputasi yang tinggi setelah cemerlang bersama pasukan yang diwakili mereka sebelum ini.

Kpah yang berasal dari Liberia merupakan penjaring terbanyak Liga Super musim ini (2019) dengan merekodkan 14 gol. Kipre pula muncul penjaring kedua terbanyak Liga Super 2018 juga dengan 14 gol dan menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan sembilan gol pada musim yang sama.

Memetik laporan berita dari Sinar Harian, Kpah yang ditemubual menjelaskan beliau gembira apabila berpeluang untuk menyertai pasukan Kedah yang disifatkan mempunyai pengurusan dan penyokong yang hebat.

Mengulas penyertaannya ke pasukan itu bersama Kipre, beliau mengakui sudah lama mengenali pemain yang berasal dari Ivory Coast tersebut.

“Saya mengenali Kipre secara peribadi sudah lama dan buat masa ini saya sedang menyesuaikan diri dengan pemain-pemain dalam pasukan Kedah.

“Penyokong banyak memberikan sokongan dan saya perlu memberikan aksi terbaik pada masa hadapan untuk mereka,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Sementara itu, Kipre pula gembira apabila dapat beraksi berama Kpah dan berharap gandingannya bersama Kpah diharapan mampu memberikan impak kepada jentera serangan Kedah pada musim 2020.

“Kami pernah bertemu dan bersaing di Liga Tanzania, Afrika dan juga di Malaysia sebelum ini. Musim depan kami akan bergandingan bersama sebagai satu pasukan untuk membantu Kedah pula.

“Saya teruja untuk menyertai Kedah kerana sering muncul tiga pasukan teratas di Liga Malaysia. Sasaran saya pada musim 2020 ini adalah untuk membawa pulang piala untuk pasukan ini,”katanya selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Pasukan Liga Super Kedah 2020 di Wisma Darul Aman hari ini.

Kipre dan Kpah antara pemain baru Kedah yang menandatangani kontrak bagi musim 2020 bersama Muhammad Hadin Azman (Felda United), Mohd Sharil Saari (PDRM FC), Zulkhairi Zulkepli (UiTM FC), Tam Sheang Tsung dari kelab Jepun Sagan Tosu II, dan dua pemain Piala Presiden, Mohd Aiman Afif Md Afizul dan Mohd Loqman Hakim Marzuki.

Seorang lagi pemain iaitu Muhammad Irfan Zakaria yang kini masih bersama skuad bawah 22 tahun negara, tidak hadir bagi memberi komitmen kepada tugasan dalam kejohanan Sukan SEA 2019 di Manila.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN