Malang menimpa pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny apabila bakal terlepas kempen Piala Dunia tahun ini selepas pemain Perancis itu mengalami cedera ketika kekalahan separuh akhir kedua Liga Europa di tangan Atletico Madrid awal pagi tadi.
Bek tengah 32 tahun itu terpaksa diusung keluar selepas 12 minit beraksi pada perlawanan kedua separuh akhir di Wanda Metropolitano, dengan pengendali Arsene Wenger mengesahkan dia bakal berdepan rehat yang panjang.
World Cup dreams over for Laurent Koscielny? Quite possibly….
I’m speculating it’s an Achilles rupture. #AFC 🔴 @EuropaLeague 🏆 pic.twitter.com/SKavYI4AtW
— Ben Dinnery (@BenDinnery) May 3, 2018
“Ia tidak kelihatan bagus, ia adalah Achilles,” kata Wenger. “Anda boleh mengharapkan keajaiban ketika imbasan tetapi petanda awal kelihatan tidak bagus.
“Ia mungkin putus tetapi tidak ada sesiapa boleh memastikan hanya dengan melihatnya. Jika putus, peluangnya (untuk Piala Dunia) tertutup. Kita akan mengetahuinya selepas imbasan.”
Get well soon, Laurent Koscielny 🙏 pic.twitter.com/QTEbJCeclu
— B/R Football (@brfootball) May 3, 2018
Kecederaan itu memberi tamparan hebat buat pengendali Perancis Didier Deschamps, dengan skuad kendaliannya akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Australian di Kazan pada 16 Jun.
Koscielny tampil sebanyak 52 kali untuk Perancis sejak penampilan pertamanya pada 2011 dan sering mendapat kepercayaan Deschamps untuk mengisi kesebelasan utama.