Korea Selatan Mahu Elak Jadi Pasukan Belasahan Di Piala Dunia

Wakil Asia, Korea Selatan yang menghuni kumpulan F bersama pasukan yang kuat seperti Jerman, Sweden dan Mexico mengakui berdepan tugas berat untuk mara ke peringkat kalah mati.

Skuad Teuguk Warrios itu pastinya turut mencuri tumpuan peminat selepas pasukan tersebut dibarisi beberapa pemain yang beraksi di Liga Perdana England (EPL).

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min dan Ki Sung-yueng dari Swansea City pastinya menjadi sandaran utama pengendalinya, Shin Tae-yong ketika beraksi di Rusia nanti.

Bagaimanapun, ramai pihak berpendapat, Heung-min bakal berdepan tekanan tinggi bermain bersama skuad kebangsaan berbanding bersama Tottenham berikutan tumpuan akan lebih terarah kepadanya.

“Ia bukan satu tekanan apabila pihak lawan akan memberikan fokus kepada saya, sebaliknya ia satu kelebihan buat pasukan.

“Apabila pihak lawan menunjukkan reaksi tersebut, ia jelas menunjukkan Korea Selatan bukanlah satu pasukan yang biasa,” kata Heung-min.

Pasukan yang diberi julukan Taeguk Warriors itu mara ke separuh akhir Piala Dunia ketika menjadi tuan rumah bersama Jepun pada 2002 tetapi pada kempen kali ini, mereka bergelut di peringkat kelayakan dan diundi bersama Sweden, Mexico dan penyandang juara, Jerman.

Sementara itu, Tae-yong menjangkakan harapan Korea Selatan juga bakal dipikul pemain mudanya, Lee Seung-woo yang memulakan ka­rier bersama pasukan muda Barcelona tetapi kini te­lah menyertai Verona di Itali sejak 2017.

Ia juga merupakan satu kejutan apabila Tae-yong menyenaraikan pemain yang tidak pernah beraksi bersama skuad kebangsaan dalam senarai awal pemain.

“Seung-woo merupakan seorang pemain yang laju dan fleksibel serta dapat memberikan masalah kepada benteng pihak lawan.

“Saya tahu dia tidak mempunyai banyak peluang untuk beraksi bersama kelabnya di Itali, namun dia mempunyai karakter yang baik sebagai pemain,” kata Shin.

Sejak dilantik mengemudi skuad kebangsaan pada Julai tahun lalu dan mengharungi 14 perlawanan berikutan pemecatan Uli Stielike, Korea Selatan sudah menjaringkan 20 gol tetapi turut melepaskan 19 jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN