Korea Selatan Juara Kejohanan EAFF Asia Timur 2015

Korea Selatan menjadi negara pertama yang menjuarai 3 kejohanan EAFF Asia Timur walaupun sekadar seri 0-0 dengan Korea Utara pada malam semalam.

EAFF EAST ASIAN CUP 2015 M5 – KOREA REP 0 – 0 DPR KOREA

【EAFF EAST ASIAN CUP 2015】HIGHLIGHTKOREA REP 0 – 0 DPR KOREA

Posted by EAFF on Sunday, August 9, 2015

Ini adalah trofi pertama skuad kebangsaan Korea Selatan di bawah kendalian jurulatih Uli Stielike hampir-hampir menjuarai Piala Asia 2015 sebelum tewas kepada tuan rumah, Australia, pada perlawanan akhir.

Keputusan seri 0-0 dengan Korea Utara memberikan Korea Selatan 5 mata selepas menang sekali (2-0 menentang China) dan seri sekali (1-1 menentang Jepun).

Tuan rumah, China, bagaimanapun mempunyai peluang untuk menjadi juara. Dengan syarat – mereka mesti menang menentang Jepun dalam perlawanan yang dilangsungkan selepas perlawanan Korea Selatan menentang Korea Utara.

Tetapi anak buah Alain Perrin gagal mengutip 3 mata penuh walaupun mendahului Jepun seawal minit ke-10 melalui jaringan Wu Lei. Jepun bertindak balas melalui gol penyerang Urawa Reds, Yuki Muto, 4 minit sebelum separuh masa pertama. Kedua-dua pasukan buntu di depan gol pada separuh masa kedua.

EAFF EAST ASIAN CUP 2015 / CHINA PR 1 – 1 JAPAN

【EAFF EAST ASIAN CUP 2015】HIGHLIGHT CHINA PR 1 – 1 JAPAN

Posted by EAFF on Sunday, August 9, 2015

Dalam konteks Asia Tenggara, kejohanan EAFF persis kejohanan AFF Suzuki. Ia diadakan setiap 2 tahun.

Skuad Jepun dan Korea Selatan hanya menghantar pemain-pemain dari liga domestik dan Asia sahaja untuk menyertai kejohanan ini, sekaligus memberi persoalan kepada kerevelanan kejohanan ini.

Sementara itu dalam bahagian wanita, Korea Utara mempertahankan kejuaraan mereka selepas menang 3 perlawanan berturut-turut.

Sumber: Football Channel Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN