Koppa Muncul Pemenang World Football Summit Asia StartCup 2019

Seperti yang ramai ketahui, World Football Summit Asia (WFS Asia) telah belangsung selama dua hari bermula dari Isnin lalu. Persidangan selama dua hari yang menemukan pemain indsutri utama bola sepak dari seluruh dunia ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Persidangan tersebut telah diadakan buat pertama kali di Asia dan juga di negara ini, sekaligus telah meletakkan nama negara di peta bola sepak dunia.

Startcup WFS Asia 2019

Serentak dengan WFS Asia 2019 yang berlangsung itu, pertandingan StartCup turut diadakan. StartCup ialah pertandingan yang dikhususkan untuk syarikat-syarikat ‘startup’ memperagakan idea mereka di dalam industri.

Ia juga merupakan platform untuk mendedahkan syarikat-syarikat ini kepada pemain industri yang lain – sekaligus membantu mereka membangunkan perniagaan di dalam sektor masing-masing.

Menerusi perkongsian objektif oleh WFS, program ini turut bertujuan untuk membantu dan melatih usahawan tempatan atau startup dalam menjayakan projek mereka.

WFS turut membantu dalam memperbaiki perancangan hala tuju dan pertumbuhan syarikat sekaligus memberikan kesinambungan terus kepada klien yang berpotensi. Sepanjang program ini, syarikat-syarikat startup ini turut akan mempelajari pelbagai topik, termasuk mengenali sasaran pasaran dan persediaan untuk mengembangkan pasaran mereka.

Di WFS Asia 2019 yang lalu, tujuh finalis diberikan masa sejam untuk menyampaikan idea mereka di hadapan perwakilan yang hadir ke persidangan tersebut.

Koppa muncul pemenang

Pada Selasa lalu, Koppa telah diumumkan sebagai pemenang Startcup WFS Asia 2019.

Rakan strategik kepada media online No.1 Malaysia Semuanya BOLA itu menewaskan enam finalis lain. Antara syarikat ‘startup’ lain yang turut mengambil bahagian ialah Gameface.Ai, GameReady, Huddle, golazo, Playo dan juga Lapang Bola.

Bersama Semuanya BOLA, Koppa membangunkan kandungan-kandungan berasaskan video dengan pelbagai topik diperbincangkan meliputi analisis taktikal, pengetahuan am, dan kupasan-kupasan terkini bola sepak dalam negara dan antarabangsa.

Buat Koppa, kami di Semuanya BOLA mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian ini.

Leave a Reply