Quantcast

BERITA

Koppa FC Bakal Hilang Penaja Selepas Insiden Gaduh?

Pasukan bola sepak amatur Koppa FC berdepan dengan risiko kehilangan penaja utamanya, Rhino Asia Tenggara (Rhino SEA) selepas terlibat dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan liga menentang FC Legion 121 minggu lepas.

Meskipun berjaya menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-1, seorang pemain Koppa FC dibuang padang oleh pengadil selepas bergaduh dengan ketua jurulatih sendiri di atas padang.

Insiden difahamkan tercetus selepas pemain tersebut, Luqman Ridhwan enggan keluar padang untuk digantikan. Keengganan Luqman keluar menyebabkan ketegangan tercetus di antara beliau dengan ketua jurulatihnya, Aizuddin Zulkafli di hujung-hujung perlawanan.

Insiden tersebut telah dirakam dan disiar dalam episod ke-3 rancangan realiti web terbitan Koppa TV.

Susulan insiden negatif tersebut, pengurusan Koppa FC mendapat panggilan telefon daripada penaja mereka. Difahamkan Rhino SEA tidak gembira dengan insiden tersebut dan kemungkinan tajaan akan ditarik akan menjadi agenda dalam pertemuan seterusnya antara kedua-dua pihak.

MENGENAI RHINO ASIA TENGGARA

Rhino merupakan pembekal nombor satu dunia bagi peralatan latihan dan teknikal untuk ragbi dan salah satu jenama sukan yang berkembang dengan pesat di dunia.

Selain itu, Rhino turut menawarkan bola, kit pasukan, serta pakaian sukan yang untuk orang dewasa dan remaja serta pakaian kasual lelaki dan wanita.

Rhino merupakan jenama sukan bertaraf antarabangsa yang menumpukan kepakaran dalam beberapa sukan seperti ragbi dan bola sepak.

Enervive adalah pemegang lesen di Asia Tenggara untuk Rhino dan merancang untuk mengukuhkan kehadiran Rhino di Malaysia memandangkan pasaran untuk pakaian sukan di Malaysia semakin berkembang pesat.

Sebagai salah satu jenama sukan antarabangsa, Rhino SEA mempunyai misi untuk mendahului saingan melalui inovasi. Kami menggabungkan usaha kami untuk memberikan perkhidmatan dan produk tahap kelas pertama ke seluruh dunia dengan memanfaatkan kekuatan teras kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rhino Asia Tenggara, layari www.rhinosea.co atau ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.