Kelab Turki, Konyaspor Naikkan Tifo Masjid Al-Aqsa Dan Saladin Sebagai Solidariti Bersama Palestin

Penyokong kelab Turki, Konyaspor (atau nama komersil mereka, Atiker Konyaspor) baru sahaja memenangi hati kami.

Dalam perlawanan Turkish Super League menentang pasukan gergasi Istanbul, Fenerbahce, penyokong tuan rumah menaikkan tifo gergasi yang memaparkan imej Masjid al-Aqsa, Handala yang memegang bendera Turki dan Palestin, Salahuddin al-Ayubi (juga dikenali sebagai Saladin) dan kain rentang yang bertulis mesej: “Baitulmaqdis menunggu Saladin yang baru.”

Koreografi penyokong Konyaspor ini adalah bersempena dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Keputusan ini mengundang kecaman dan bantahan daripada 128 ahli Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), termasuklah Malaysia dan Turki.

Dalam perlawanan itu juga, penyokong Konyaspor turut menjemput Mohamed al-Taweel, remaja berusi 14 tahun yang mempunyai sindrom Down, yang pernah ditangkap oleh Israel Defence Forces (IDF) di Tebing Barat kerana melakukan protes terhadap keputusan Donald Trump itu.

Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Turkey’s Konyaspor football fans show solidarity with Palestinians

Turkey’s Konyaspor football club fans express solidarity with Palestinians by holding up 3D cutouts of Al Aqsa and the Dome of the Rock mosques, ahead of the Turkish Super League match.

Posted by TRT World on Monday, December 25, 2017

Apa itu Masjid al-Aqsa?

Muslim worshippers hold the Malaysian and PFLP (Popular Front for the Liberation of Palestine) flags and a poster calling for the release of Palestinian tean Ahed Tamimi following Friday noon prayer in Jerusalem’s Old City’s al-Aqsa mosque compound on December 22, 2017.
Israel’s army arrested Ahed Tamimi on December 19, 2017, after a video went viral of her slapping Israeli soldiers in the occupied West Bank as they remained impassive. / AFP PHOTO / Ahmad GHARABLI (Photo credit should read AHMAD GHARABLI/AFP/Getty Images)

Masjid al-Aqsa merupakan masjid ke-3 tersuci dalam agama Islam dan juga merupakan tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

Masjid ini terletak di tanah seluas 35 ekar yang dikenali sebagai al-Haram al-Sharif oleh agama Islam dan Temple Mount oleh agama Judaism.

Tanah ini merupakan tanah yang menjadi perebutan paling utama sejak Israel menakluk Timur Baitulmaqdis pada 1967, selain tanah-tanah di Tebing Barat dan Gaza.

Pada tahun 1980, kerajaan Israel mengisytiharkan Baitulmaqdis (atau Jerusalem) sebagai ibu negara Israel, sekaligus melanggar undang-undang antarabangsa.

Sebelum kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Presiden Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel baru-baru ini, tiada negara di dunia yang mengiktiraf pemilikan Israel terhadap tanah suci itu.

Kira-kira 400,000 rakyat Palestin yang tinggal di Jerusalem hanya memiliki status penduduk tetap (PR), bukannya rakyat, walaupun dilahirkan di kota tersebut. Sejak 1967, Israel telah giat menjalankan aktiviti pengusiran rakyat Palestin dengan menjadikan situasi sangat sukar buat mereka untuk terus tinggal di situ.

Israel juga telah membina sekurang-kurangnya 12 penempatan haram di sekitar Timur Baitulmaqdis (lengkap dengan sekuriti daripada IDF) untuk menempatkan 200,000 orang Israel. Mereka juga aktif menolak permit bangunan daripada rakyat Palestin dan meruntuhkan bangunan yang tidak mendapat permit mereka.

Apa itu Handala?

Handala merupakan watak komik ciptaan Naji al-Ahli sekitar tahun 1975 hingga 1987 yang menggambarkan kepayahan pelarian Palestin di tanah air mereka sendiri. Handala merupakan simbol bagi kanak-kanak pelarian Palestin.

Pelukis Handala, Naji al-Ahli pernah berkata, “Handala adalah kanak-kanak berusia 10 tahun yang tidak cantik, tidak gemuk, tidak gembira dan tidak tenang. Beliau berkaki ayam – seperti kanak-kanak pelarian. Tangannya sentiasa terikat di belakang sebagai simbol menentang pendudukan Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.”

Siapa Salahuddin al-Ayubi?

Statue of Saladin and Warriors in Damascus (Photo by Michael Nicholson/Corbis via Getty Images)

Salahuddin al-Ayubi atau Saladin merupakan pemimpin dan jeneral tentera Islam dari Iraq yang mengetuai tentera Islam ketika Perang Salib pada tahun 1187.

Kejayaan beliau memimpin tentera Islam dalam Perang Salib menentang tentera Salib pimpinan Richard I The Lion Heart membolehkan Baitulmaqdis kembali menjadi milik orang Islam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN