‘Manchester is Red.’ Itulah ‘outcome’ atau hasil akhir perlawanan pusingan pertama Derbi Manchester yang berlangsung pada malam tadi.
Kemenangan 2-1 anak buah Ole Gunnar Solksjaer ke atas seteru setempat, Manchester City pada malam tadi turut melonjakkan mereka ke tangga ke-5 Liga Perdana Inggeris (EPL).
Manchester is ?#MCIMUN pic.twitter.com/WwePldwicd
— Premier League (@premierleague) December 7, 2019
Kedudukan tersebut sekaligus menjadikan persaingan merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kembali mekar di kem United kerana hanya ketinggalan lima mata berbanding Chelsea di tangga keempat.
Namun sepertimana Derbi Manchester yang lain, pertemuan Manchester United vs Manchester City tidak pernah lekang dari kontroversi.
Terbaru ialah apabila bola didakwa terkena tangan pemain tengah United, Fred di dalam kotak penalti.
Walaupun semakan menggunakan Teknologi Bantuan Pengadil (VAR) dilakukan, keputusan tidak memberikan penalti kepada City tetap menjadi persoalan.
Ketika perlawanan sedang berlangsung, kelihatan juga Pep Guardiola meminta penjelasan daripada pengadil keempat kerana tidak berpuas hati.
Pantas untuk memberikan penjelasan, pihak Kesatuan Pegawai Perlawanan Profesional (The Profesional Game Match Official) tampil dengan penjelasan mengapa penalti tidak diberikan oleh pengadil perlawanan, Anthony Taylor untuk situasi tersebut.
Penjelasan tersebut berkata ia kerana Fred sedang jatuh dan tangan beliau digunakan untuk memberikan sokongan kepada badan yang jatuh.
Ia bukan digunakan bertujuan untuk menghalang bola. Dalam situasi ini, kesalahan bola terkena tangan tidak digunapakai.
Here’s why Fred’s handball is not a penalty@fredcaldeira pic.twitter.com/KR3Ea4WOGH
— Scott Saunders (@_scottsaunders) December 7, 2019
Penjelasan tersebut turut selari dengan peraturan badan peraturan bola sepak dunia, IFAB yang menjelaskan ia bukan kesalahan apabila tangan berada diantara badan dan permukaan padang untuk tujuan sokongan.