Kontroversi Gol Terengganu, Bagaimanakah Peraturan Garisan Gol Menurut Ketetapan FIFA?

Gol Terengganu FIFA

Terengganu menang 1-0 ke atas Selangor dalam aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia 2022, tetapi ia belum cukup untuk membawa skuad kendalian Nafuzi Zain itu ke pentas final selepas disingkirkan secara agregat 3-2.

Bagaimanapun timbul perdebatan mengenai jaringan Kipre Tchetche sama ada bola tersebut patut disahkan atau sebaliknya selepas pemain pertahanan Shahrul Nazeem sempat menguis bola keluar dari kawasan gol.

Berdasarkan ulang tayang klip jaringan tersebut dari pemerhatian mata kasar, bola dilihat masih belum melepasi garisan gol sepenuhnya berdasarkan kedudukan bola berada di atas padang dan bukannya di kedudukan yang tinggi.

Untuk pemahaman lanjut mengenai perkara ini, rujukan terbaik adalah Peraturan Permainan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Peraturan 10 iaitu Menentukan Keputusan Perlawanan dalam Perkara 1 iaitu Jaringan gol.

“Gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol, di antara dua tiang dan di bawah palang gol, dengan syarat tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh pasukan yang menjaringkan gol.”

Peraturan ini jelas menunjukkan bahawa keseluruhan bola perlu melepasi garisan gol. Sekiranya sebahagiannya walaupun seinci masih di atas garisan, gol tidak boleh dikira atau disahkan.

Namun memandangkan sudut kamera milik penyiar rasmi Liga Malaysia tidak tersedia di kedudukan yang berada tepat di atas garisan belakang gol di samping kualiti video yang cuma bertaraf ‘3gp’, ia agak sukar untuk ditentukan dari sudut pandang seorang penonton di televisyen.

Ketiadaan teknologi garisan gol (GLT) seperti yang dikuatkuasakan di kebanyakan liga utama Eropah dan kejohanan antarabangsa menjadikan tugas pengadil utama agak sukar dalam membuat keputusan sebaliknya perlu bergantung kepada ketajaman mata pembantu pengadil yang bertugas di belakang gol semata-mata.

Liga Malaysia sebelum ini dikhabarkan bakal diperkenalkan dengan sistem video bantuan pengadil (VAR) bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia bermula musim depan. Tetapi setakat ini belum ada sebarang khabar mengenai GLT yang juga teknologi yang agak penting dalam bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN