Ia mungkin merupakan antara kontrak terpendek yang pernah ada dalam bola sepak.
Bekas penyerang Leicester City, Shinji Okazaki sah meninggalkan Malaga hanya selepas 34 hari diumumkan sebagai pemain kelab dari Sepanyol itu.
MCFNews| @okazakiofficial no continuará en la disciplina blanquiazul.
➡️ https://t.co/eGYuW8LZk9#LaLigaTransfers pic.twitter.com/v9uEKF6GGb
— Málaga CF (@MalagaCF) September 2, 2019
Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak kelab yang mengumumkan status pemain tersebut melalui Twitter.
Menurut laporan dari Sepanyol, pemain antarabangsa Jepun berusia 33 tahun itu terpaksa bersetuju untuk membatalkan kontrak beliau atas persetujuan bersama, setelah Malaga mengaku tidak boleh memenuhi tuntutan gaji pemain tersebut.
30 July: Shinji Okazaki joins Malaga.
2 September: Shinji Okazaki leaves Malaga.
It’s been a crazy 34 days for the former Premier League winner.
? https://t.co/rnnMgbHAvu#bbcfootball pic.twitter.com/palEFL4hDb
— BBC Sport (@BBCSport) September 3, 2019
Okazaki yang membantu Leicester City muncuk juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2016 – menjaringkan 19 gol dari 137 penampilan – menyertai Malaga selepas meninggalkan England pada musim panas lalu.
Okazaki juga belum tampil dalam mana-mana perlawanan liga untuk Malaga pada musim ini, dan kini berstatus sebagai ejen bebas.
— Shinji Okazaki (@okazakiofficial) September 3, 2019
Melalui satu kenyataan di Twitter, Okazaki berkata: “Saya tidak menyesali apa-apa.
Jika saya mempunyai peluang untuk beraksi bersama Malaga satu hari nanti, maka saya tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian.”