Kelmarin, sebuah portal telah melaporkan Jawatankuasa Olimpik Asia (OCA) telah meluluskan penyertaan kontinjen dari Oceania untuk beraksi dalam Sukan Asia.
Dilaporkan penyertaan ini bermula untuk Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China. Sebelum ini, negara Oceania seperti Fiji, Australia dan New Zealand pernah beraksi dalam Asian Indoor and Martial Arts Games (AIMAG) pada 2017.
Nasib bola sepak?
Terdapat cadangan awal beberapa sukan sahaja terlibat iaitu tinju, mendayung akan mengalukan peserta dari negara Oceania. Tetapi, ada juga rekomendasi untuk sukan bola baling, lawan pedang dan besbol.
Acara bola sepak lelaki dan wanita juga menjadi pertanyaan ramai pihak. Adakah OCA benarkan skuad Oceania untuk menyertai dalam acara tersebut atau sebaliknya?
Jika ia benar-benar menjadi realiti, nampaknya persaingan untuk layak ke temasya ini akan menjadi lebih mencabar. Apatah lagi untuk menggondol medal walaupun ia hanya menambah angka pada pungutan pingat.
Mesti tak sabar lihat Malaysia lawan Australia di Sukan Asia nanti!
Imbasan sejarah
Sebenarnya sudah lama cadangan untuk membenarkan kontinjen Oceania beraksi dalam Sukan Asia. Ini pun disebabkan faktor geografi yang berdekatan.
Seperti pegawai Jawatankuasa Olimpik Australia berkata, mereka bersyukur kerana diberi peluang untuk beradu nasib di Sukan Asia. Malah, negara di sekitar Oceania pun akan meningkatkan minat untuk menyertainya.
Oceania sebenarnya mempunyai temasya sukan sendiri yang diberi nama Pacific Games. Temasya ini berlangsung dua tahun sekali.
Temasya ke-16 akan diadakan di Apia, Kepulauan Samoa. New Caledonia merupakan pemenang pingat emas paling banyak dalam acara bola sepak lelaki sebanyak 7 kali.
Persoalannya, adakah wajar bagi anda negara Oceania menyertai acara bola sepak?