Konsortium ‘Misteri’ Arab Saudi Bida Chelsea

Chelsea Stamford Bridge pandemik

Seperti semua sedia maklum, jutawan Rusia, Roman Abramovich kini terdesak untuk menjual pemilikannya di Chelsea FC berikutan situasi semasa di Ukraine yang diceroboh oleh tentera Rusia.

Dan jutawan minyak yang dikaitkan denghan Presiden Rusia, Vladimir Putin itu nyata tidak mempunyai masalah kerana setiap hari ada sahaja pihak baharu yang mendaftarkan minat dan melakukan bidaan untuk membeli kelab London itu.

Terbaru sebuah konsortium swasta dari Arab Saudi diketuai oleh Saudi Media telah menyatakan minat untuk mendapatkan hak pemilikan kelab daripada Abramovich.

Malah minat itu begitu menjadi realistik kerana Saudi Media telah menghubungi Raine Group – sebuah firma kewangan berpengkalan di Amerika Syarikat yang dilantik Abramovich untuk menguruskan penjualan kelab tersebut – bertujuan untuk melakukan bidaan.

Sehingga kini tidak kurang daripada 10 pembeli telah mendaftarkan minat dan bidaan untuk menjadi pemilik baru Chelsea.

Mereka termasuklah Todd Boehly dan Hansjorg Wyss yang membentuk gabungan konsortium dari Amerika Syarikat dan Switzerland dan usahawan Turki, Muhsin Bayrak. Chelsea dinilai pada nilai £3 billion ($4bn).

Siapa di sebalik Saudi Media?

Sehingga kini individu di sebali Saudi Media masih lagi kekal misteri. Namun Saudi Media sendiri dipercayai mengaut perolehan hasil daripada media, pengiklanan, dan penjenamaan pelbagai jenis sukan di seluruh dunia.

Kandungan mereka kebanyakkan untuk siaran di Timur Tengah. Konsortium itu juga memiliki pejabat di Dubai, UAE dan Arab Saudi.

Jika ada halangan untuk Saudi Media memiliki Chelsea, ia adalah kerana sikap berhati-hati Premier League dan pihak kelab sendiri menerima bidaan yang diselindungi oleh ‘unsur politik’.

Bila Abramovic perlu jual Chelsea?

Menurut beberapa sumber, Abaramovich akan menentukan pembeli yang layak pada 15 Mac, tetapi beliau juga terbuka untuk melanjutkan tempoh tersebut.

Hasil penjualan kelab itu sebelum ini dilaporkan akan disalurkan kepada mangsa perang di Ukraine.

Untuk menggalakkan lebih banyak bidaan, Abramovich sebelum ini turut melangsaikan segala hutang Chelsea kepadanya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN