Memahami Konsep Dan Kepentingan Transisi Dalam Taktikal Bola Sepak

Transisi dalam bola sepak adalah merujukuk kepada satu proses dari bertahan kepada serangan. Transisi bergantung kepada idea sesebuah pasukan mahu bermain.

Bagaimana cara mereka cuba memastikan poses transisi berjalan lancar. 3 aspek yang paling mustahak:

1. Posisi
2. Gerakan
3. Jangan hilang bola

Aktiviti bertahan dan menyerang dalam bola sepak sentiasa berkait rapat. Ia tidak boleh dipisahkan. Ketika (momen) sesebuah pasukan itu hilang bola, itulah fasa di mana pasukan itu dalam mode bertahan secara automatik.

Lihat cara United bertahan dalam keadaan mereka terpecah di belakang. Apa yang dilakukan mereka untuk melakukan recovery run. Pemain berlari di half-space dan tidak tergesa-gesa pergi menyerang pemain yang membawa bola.

Jadi, dalam proses ini, kemampuan setiap pasukan untuk membentuk satu koordinasi dan pemahaman pemain ke atas di mana mereka perlu berada dan apa yang perlu mereka lakukan adalah sangat penting.

Pasukan yang transitif akan efisien ketika menukat mod kepada bertahan. Mengambil kira sistem pressing (berpasukan) serta tahap kecepatan mereka mengecilkan ruang dan closing down.

Kemampuan mereka melakukan recovery dan banyak lagi. Lihat cara Barcelona melakukan transisi. Mereka sangat hebat melakukannya. Ketika kehilangan bola mereka akan cuba recover segera.

Ia tidak akan dapat dilakukan bersendirian atau dalam satu unit sahaja. Ia memerlukan satu pasukan untuk membentuk sistem yang sangat berkesan dalam transisi.

Apa yang perlu mereka lakukan jika rakan mereka tidak berada dalam posisi. Adakah mereka perlu melukan kekasaran taktikal (taktikal fouls) dalam keadaan tertentu dengan mengambil kira situasi semasa.

Seterusnya adalah kecerdasan pemain di dalam padang. Misalnya dalam keadaan perlawanan berbaki 10 minit, pasukan anda mendahului 1 gol, adakah berbaloi untuk anda melakukan terjahan dalam keadaan anda adalah pemain pertahanan akhir.

Pemain sudah diasah dengan dengan kemahiran berfikir (thinking skills) yang sangat tinggi.

Dalam transisi kepada serangan, setiap pasukan perlu mengambil kira aspek bertahan dan begitu juga sebaliknya.

Perubahan struktur, formasi, dan cara berfikir (dari fokus untuk bertahan kepada menyerang atau menyerang kepada bertahan) itulah yang terkandung dalam transisi taktikal.

Apa yang membezakan jurulatih kelas dunia dengan jurulatih biasa adalah kemampuan mereka menyediakan plan taktikal secara formasi dan juga kemampuan mereka mengasah cara pemain berfikir di dalam padang dalam satu unit.

Ada sesetengah jurulatih hanya melatih pasukan mereka dengan perubahan formasi ataupun cuma bemain secara rigid.

Rigid bermaksud statik, anda pemain sayap cuma perlu berada di posisi itu dan melakukan hantaran lintang kepada no.9. Tidak ada perubahan peranan yang fluid.

Bagaimana jika no.9 masih tertinggal di belakang? Apa yang perlu pemain sayap lakukan? Adakah dia perlu melakukan gerakan ke corner flag terlebih dahulu atau masuk ke tengah untuk mengambil tindakan seperti:

1. Menukar arah bola
2. Cuba melakukan cut-inside and shots

Ada banyak fasa di mana, pemain sayap seperti Alexis Sanchez mampu bertindak sendiri dan menggelecek bola pada kada masa yang sesuai, sama ada untuk menanti sokongan dari rakan ataupun bertindak terus masuk ke dalam kotak penalti.

Kepantasan transisi itu bukan kerana anda memiliki pemain sayap yang laju semata-mata. Dalam sistem tiki-taka Guardiola di Barcelona dahulu mereka mengutamakan kelajuan aliran bola di antara pemain.

Ia kadangkala berlaku dalam sekelip mata sahaja. Aliran bola yang segera itu membuatkan transisi itu cepat tanpa terlalu bergantung kepada seorang pemain yang menggerakkan bola.

Aliran bola itu mempengaruhi pemain-pemain dalam padang untuk bergerak. Ini yang dipanggil progresif di dalam transisi.

Ini adalah taktikal Klopp ketika di Borussia Dortmund. Lihat cara dia mengolah sistem untuk mencipta ruang kepada Aubameyang dengan transisi berkesan:

Pendekatan yang hampir serupa digukanan di Liverpool dengan plan mengarakan larian taktikal oleh Firmino untuk membuka ruang kepada pemain lain.

Cuba anda perhatikan transisi Chelsea di bawah taktikal Conte. Mereka ada transisi yang sangat fluid ketika bertukar dari bertahan kepada menyerang. Jarak di antara pemain yang memberikan sokongan di antara posisi.

Kemudian, anda boleh lihat cara mereka cuba mencari penyerang utama. Ia dilakukan denga progresif dan pemain tidak perlu tercari-cari di mana rakan.

Latihan

Latihan transisi ini menjadi asas penting kepada jurulatih seperti Guardiola, Pochettino, Tuchel, Klopp, Jardim dan ramai lagi. Aktiviti latihan seperti rondo akan banyak digunakan.

Setiap jurulatih ada pendekatan yang tersendiri namun mereka kebanyakannya mengutamakan aspek:

1. Kedudukan pemain pada fasa serangan, bertahan dan
2. Memastikan pemain dapat mengitar semula bola dengan baik setiap kali bola dirampas dari lawan
3. Taktik dan pergerakan untuk memenangi bola segera apabila kehilangannya. Ini lebih kepada pasukan yang menggunakan counter-pressing
4. Persefahaman secara berpasukan. Latihan komunikasi seperti komunikasi telepathic diberikan perhatian
5. Kecergasan pemain untuk bergerak bagi memastikan fluiditi tinggi
6. Melatih pemain untuk membentuk segitiga atau segi empat dalam fasa serangan atau bertahan

Antara method yang digemari Luis Aragones ketika di Sepanyol adalah rondo 2 vs 5. 2 pemain dalam keadaan bertahan cuba memenangi bola dalam ruang yang ditetapkan daripada 5 pemain.

2 pemain pertahanan ini perlu memenangi bola dan cuba menggelecek bola mengatasi 5 pemain ini keluar dari sempadan tersebut.

Ini untuk melatih pemain pertahanan cara berfikir dalam ruang kecil dengan ramai pemain lawan.

Oleh itu setiap pemain perlu bersedia dari segi mental, bukan sahaja kecergasan fizikal. Pemain diasah kemahiran berfikir di dalam padang.

Itulah antara pandangan saya tentang isu transisi berpasukan di dalam padang. Latihan yang betul dan fokus kepada cara bemain berfikir sangat penting.

Pemain perlu ada keputusan segera (split second decision) apabila pasukan kehilangan bola. Ada pasukan, pemain mereka lambat membuat keputusan kerana takut mereka meninggalkan posisi.

Ketika Alberto Moreno berlari ke hadapan dan Liverpool dibolosi oleh pihak lawan, Jurgen Klopp berkata:

“Ia bukan salah Moreno, ia salah pasukan.”

Ini bermaksud, setiap pemain ada tanggungjawab untuk memastikan ruang tertentu diisi atau diberikan kawalan secara betul. Ini kerana Alberto menyerang untuk pasukan, maka, pemain lain pun perlu bertahan untuk pasukan.

Baca juga: 4 Aspek Asas Harus Dikuasai Seorang Pertahanan Dalam Pressing

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN