Kongres FAM Pinda Peraturan 6 Pencalonan Untuk Layak Tanding Jawatan Presiden

Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-55 yang berlangsung semalam sebulat suara telah meminda Artikel 27 (4) untuk membenarkan seseorang calon Presiden badan induk bola sepak itu memperolehi enam pencalonan minima sebelum layak bertanding untuk kerusi No.1 itu.

Perubahan tersebut dilakukan sesuai dengan perubahan yang turut diguna pakai oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan juga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pindaan jumlah pencalonan

Selain daripada jawatan Presiden, perubahan turut membabitkan beberapa jawatan lain seperti timbalan presiden yang wajib memperolehi lima pencalonan, naib presiden dengan empat pencalonan, sementara ahli jawatankuasa eksekutif memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan.

Bercakap kepada pemberita seperti yang dipetik daripada Berita Harian, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata:

“Kita rasakan keperluan untuk jawatan presiden dan timbalan ini bukan sewenang-wenangnya untuk ditandingi tetapi mestilah orang yang saya fikir kalau dapat pencalonan enam untuk presiden dan lima untuk timbalan mesti orang yang aktif.

“Kita tidak mahu ada satu calon yang tiba-tiba datang bertanding sebab pencalonan ini bebas kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukan datang daripada ahli gabungan sahaja,” ujar Yusof Mahadi pada sidang media selepas kongres semalam.

Perkasa FAM

Timbalan Presiden itu juga percaya langkah yang diambil ini akan menjadikan FAM sebagai badan yang lebih dihormati pasa masa hadapan kerana ini juga bermakna hanya individu yang benar-benar layak sahaja yang akan dipilih berada di dalam barisan kepimpinan.

Beliau juga yakin pindaan itu akan memperkemaskan lagi urusan pentadburan FAM dan menjadikan badan induk bola sepak negara itu lebih berintegriti pada masa hadapan.

“Pindaan itu juga dapat memperkemaskan lagi tadbir urus FAM yang lebih berintegriti serta mewujudkan pengasingan kuasa yang jelas antara FAM dan ahli gabungan,” tambah beliau lagi.

Keputusan lain kongres

Kongres yang berlangsung semalam itu juga menyaksikan Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar dilantik sebagai Ahli Eksekutif FAM yang baharu menggantikan Subkhidin Mohd Salleh yang melepaskan jawatan tersebut pada November tahun lalu.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal pula dilantik sebagai wakil dari FAM untuk melaksanakan misi Malaysia mengetuai proses pembidaan hos bersama Piala Dunia 2034.

Sebuah jawatankuasa khas yang akan terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan selain beberapa agensi kerajaan turut akan dilaksanakan selepas ini.

 

Kredit Foto: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN