9.41 pagi – Selamat pagi!
Selamat pagi dari Crystal Ballroom, Hilton Petaling Jaya untuk kemaskini secara langsung Kongres FAM ke-53.
Terus setia bersama kami untuk mendapatkan info secara ringkas dan pantas dari Petaling Jaya.
9.48 pagi – Ketibaan dif kehormat
Para tetamu kehormat sudah mula masuk ke dalam dewan dengan acara bakal bermula kira-kira jam 10 pagi.
9.49 pagi – Agenda kongres
Agenda Kongres FAM ke-53 kali ini bakal menyaksikan agenda-agenda seperti
- Mengisythiharkan Kongres sudah dimulakan dan dibentuk menurut Statut FAM
- Meluluskan pindaan Peraturan Tetap Kongres
- Meluluskan Agenda Kongres
- Ucapan Pembukaan oleh Pengerusi Kongres
- Melantik Ahli untuk memeriksa Minit Mesyuarat Kongres
- Melantik Pengawas Pemilihan
- Meluluskan Minit Kongres kali ke-52
- Melaporkan Aktiviti Tahuan bagi tahun 2016
- Meluluskan Penyata Kewangan yang telah diauditkan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2016
- Membincanfkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli dan Jawatankuasa Eksekutif
- Memilih Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2017-2021
9.58 pagi – Jangan lupa ‘refresh’!
Untuk memastikan anda semua tidak terlepas sebarang kemaskini langsung ini, pastikan anda sentiasa ‘refresh’ artikel ini setiap masa.
10.00 pagi – Kongres bermula
Kongres dimulakan dengan bacaan doa.
10.05 pagi – Ucapan dari Dato Hamidin
Selepas bacaan doa, Kongres FAM diteruskan dengan ucapan dari Setiausaha Agung FAM – Dato’ Hamidin Mohd Amin.
10.07 pagi – Kongres bermula secara rasmi
Dato’ Hamidin secara rasmi mengisytiharkan Kongres FAM ke-53 bermula.
Kongres FAM kali ini dihadiri dengan 38 perwakilan yang terdiri daripada persatuan bola sepak negeri dan ahli gabungan FAM.
Jumlah 38 perwakilan ini adalah jumlah cukup untuk Kongres FAM dimulakan secara rasmi.
10.11 pagi – pindaan Peraturan Tetap Kongres FAM
Encik Mohd Firdaus dari PB Melayu Malaysia mencadangkan untuk Kongres FAM meluluskan Peraturan Tetap Kongres FAM.
Wakil dari PB Cina Malaysia kemudiannya mnyokong cadangan tersebut.
10.15 pagi – Cadangan untuk Kongres FAM
Pihak perwakilan telah mencadang serta menyokong agar agenda untuk Kongres FAM ke-53 diteruskan.
10.16 pagi – Ucaptama dari Timbalan Presiden
Agenda seterusnya adalah ucaptama dari Timbalan Presiden FAM – Dato’ Seri Afandi Hamzah.
10.19 pagi – Tahniah untuk TMJ
Dato Afandi menberi ucapan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bakal diisytiharkan sebagai Presiden FAM yang baharu sebentar lagi.
10.21 pagi – Tahniah untuk JDT & Kedah
Dato Afandi juga mengucapkan tahniah kepada JDT yang muncul sebagai juara Liga Super & Piala FA Malaysia pada musim lalu serta Kedah yang juara Piala Malaysia.
Selain itu ucapan tahniah juga diberikan kepada pasukan Melaka United yang juara Liga Perdana, MISC-MIFA yang juara Piala FAM serta pasukan wanita Kedah yang merupakan juara sulung Liga Bola Sepak Rakyat Wanita.
Turut menerima ucapan tahniah adalah Kelantan juara Piala Presidencsan SSBJ yang juara Piala Belia.
10.25 pagi – masih banyak yang perlu dilakukan
Dato Afandi juga berkata banyak lago perkara yang perlu dilakukan untuk menaikkan bola sepak negara.
“Mari bersama-sama kita bersatu tenaga untuk menaikkan bola sepak negara.”
10.28 pagi – lantikan pengawas pemilihan
Kongres FAM diteruskan dengan pemilihan pengawas untuk pemilihan sebentar tadi.
10.30 pagi – pengesahan mimit mesyuarat
Pihak perwakilan telah pun mencadang serta menyokong pengesahan bagi minit mesyuarat bagi Kongres FAM ke 52.
10.33 pagi – Aktiviti tahunan FAM
Laporan aktiviti tahunan FAM sedangam mengambil tempat. Sepatutnya tayangan video diadakan namun terdapat masalah teknikal.
Dato Hamidin kemudiannya menyampaikan laporan tersebut secara lisan.
Perwakilan kemudiannya mencadangan dan menyokong pengesahan laporan aktiviti tahunan FAM 2016.
10.40 pagi – laporan kewangan
Ketika ini laporan kewangan FAM yang berakhir pada 31 Disember 2016 sedang dibentang.
Laporan kewangan kemudiannya dicadang dan disokong oleh perwakilan.
10.47 pagi – Exco dibubarkan
Dato’ Hamidin kemudiannya mengisytiharkan Exco FAM sebelum ini telah pun dibubarkan.
Majlis penghargaan sedang diadakan untuk menghargai jasa yang telah dilakukan oleh exco penggal yang lalu.
10.52 pagi – pemiluhan bermula
Acara kemuncak Kongres FAM kali ini bakal bermula apabila sesi pemilihan akan bermula sebentar lagi.
1 kekosongan untuk jawatan Presiden
2 kekosongan untuk jawatan Timbalan Presiden
4 kekosongan untuk jawatan Naib Presiden
8 kekosongan untuk jawatan Ahli FAM
2 kekosongn untuk jawatan Ahli Wanita FAM
11.04 pagi – Sesi pemilihan bermula
Sesi pemilihan sedang bermula dengan perwakilan sedang mengundi calon pilihan masing-masing.
11.33 pagi – memasuki tahap akhir
Sesi pengundian memasuki tahap akhir apabila tinggal beberapa perwakilan saja lagi yang belum mengundi.
11.39 pagi – Borak bersama orang sebelah
Saya sempat bertanya kepada seorang wartawan Sinar Harian yang duduk bersebelahan saya.
Saya bertanya kepada beliau mengenai siapakah bakal menjadi Timbaan Presiden selepas jawatan Presiden sudahpun diketahui.
Beliau berpendapat yang jawatan Timbalan Presiden harus diisi oleh Datuk Seri Subahan Kamal dan juga Dato Wira Yusuff Mahadi.
Hal ini kerana bagi beliau Dato Seri Afandi Hamzah dan TMJ sepertinya bukan gandingan yang sesuai.
11.46 pagi – sesi mengundi hampir selesai
Sesi pengundian oleh perwakilan hampir saja selesai. Proses pengiraan undi akan diadakan sebentar lagi.
11.55 pagi – TMJ hampir tiba
Dato Hamidin memberitahu yang TMJ sedang dalam perjalanan untuk ke lokasi Kongres FAM.
12.01 tengah hari – proses kiraan
Proses kiraan masih sedang dijalankan.
12.03 tengah hari – keputusan Timbalan Presiden
Dato Wira Yusuff Mahadi – 33 undi
Dato Seri Afandi Hamzah – 6 undi
Datuk Seri Subahan Kamal – 37 undi
12.15 tengah hari – TMJ telah tiba
Presiden FAM yang baharu iaitu TMJ sudah tiba di lokasi Kongres FAM.
12.20 tengah hari – keputusan naib presiden
Dato Sivasundram – 28 undi
Encik Joehari Ayub – 34 undi
Dato Ab. Ghani Hassan – 29 undi
Dato Takiyuddin Hassan – 3 undi
Datuk Rosmadi Ismail – 20 undi
Dato Shamsul Anwar – 15 undi
Datuk Astaman Aziz – 1 undi
Encik Marzuki Sulong – 18 undi
12.31 tengah hari – Masih menanti
Kami masih menanti TMJ untuk tiba ke lokasi.
12.49 – keputusan undian Ahli Eksekutif FAM
Tuan Abdul Aziz Yeop – 13 undi
Supt Dali Wahid – 25 undi
Dato Azril Mat Drus – 14 undi
Subkhidin Mohd Salleh – 21 undi
Firdaus Mohamed – 21 undi
Christopher Raj – 25 undi
Dato Jeferey Low – 28 undi
Datuk Hishamudin Yahaya – 29 undi
SAC Dato Azisman Alias – 33 undi
Dato Aminuddin Omar – 30 undi
Dato Yazdan Mohammad – 13 undi
Tuan Isham Shahrudin – 9 undi
Tuan Nik Ahmad Yaakub – 3 undi
Dato Gary Nair – 20 undi
Jamil Zakaria – 5 undi
Encik Nokman Mustafa – 1 undi
Mejar Jeneral (B) Datuk Mazelan Kasap – 14 undi
1 tengah hari – keputusan Ahl Wanita
Shafizah Umamah – 18 undi
Roselina Idrus – 9 undi
Dato Norhuda Ahmad – 17 undi
Tuan Nah Nik Him – 1 undi
Normaa Md Yusoff – 2 undi
Dato Suraya Yaacob – 24 undi
Isfarina Mohd Bali – 5 undi
1.07 tengah hari – ketibaan dan ucapan TMJ
TMJ sudah pun tiba di lokasi Kongres FAM.
Baginda dalam ucapannya mengingatkan para exco yang bola sepak milik rakyat. TMJ mahu exco bersikap profesional dan berintegriti tinggi dalam kerja masing-masing.
1.10 tengah hari – TMJ ucap tahniah
TMJ ucap tahniah kepada para exco yang baharu dilantik. TMJ juga menerima cenderamata dari pihak FIFA.
1.15 tengah hari – sidang media
Sidang media akan diadakan bersama TMJ dan 2 Timbalan Presiden yang baharu dilantik.
TMJ mahu melihat bajet FAM dan akan berlaku telus dengan rakyat.
Baginda juga akan melihat perkara yang boleh dibaiki mengenai pasukan kebangsaan serta meningkatkan taraf pengadilan.
Baginda tidak kisah jika perlu dapatkan kepakaran luar.
TMJ juga berikan gambaran akan ada rombakan staf dalam FAM untuk memastikan mereka yang ada dalam FAM betul-betul melakukan tugas.
TMJ akan pastikan semua ahli gabungan berkerja keras dengan TMJ.
TMJ juga akan bercakap dengan Menteri Besar serta Ketua Menteri untuk menyediakan padang latihan untuk pasukan negeri.
Cabaran terbesar TMJ sebagai Presiden adalah peminat. Peminat mahukan pasukan negara layak ke kejohanan antarabangsa seawal mungkin.
Namun TMJ ada pelan jangka pendek dan panjang untuk bola sepak negara.
TMJ mahu memastikan pasukan Liga Malaysia membayar gaji pemain tepat pada masa dan ada pembangunan akar umbi.
TMJ menegaskan setiap exco perlu mengikut rentak kerja baginda.
1.41 tengah hari – mesyuarat exco
Sidang media telah berakhir dan Preisden FAM bersama para exco sedang mengadakan mesyuarat exco yang pertama.
1.47 tengah hari – laporan tamat
Sampai disini sahaja laporan untuk Kongres FAM ke-53. Sesi TMJ bersama penyokong bola sepak negara akan diadakan pada jam 2 petang. Jumpa lagi!