Konflik Syria Dan Impak Kepada Bola Sepak

Ramai pasti akan mempersoalkan kenapakah Syria beraksi di gelanggang berkecuali dalam perlawanan antarabangsa.

Malah, Syria berjaya mengikat Australia 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2018.

Nama Syria meledak dalam arena bola sepak secara tiba-tiba. Tumpuan terarah kepada negara yang bergolak kerana perang saudara.

Punca perang saudara

Ia bermula daripada ‘Arab Spring’ pada 2011. Sekumpulan besar rakyat Syria tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Mereka berdemonstrasi membantah cara sang Presiden itu mentadbir negara itu. Mereka juga mahu Bashar al-Assad itu mengundurkan diri.

Namun, keadaan menjadi makin kacau bilau tatkala senjata api sudah mula dilibatkan dalam demonstrasi ini. Ribuan terbunuh dan banyak rumah serta kedai musnah.

Ini menyebabkan ramai bangkit menentang pemerintahan Bashar al-Assad. Akhirnya, ia membawa kepada kancah perang saudara antara tentera kerajaan dengan tentera yang dikenali Free Syrian Army.

Kesannya, ramai penduduk Syria menjadi pelarian di sekitar negara Timur Tengah. Negara Eropah juga menerima kesan daripada perang ini.

Ribuan penduduk Syria turut meninggalkan negara mereka menuju ke Eropah.

Kerinduan kepada tanah air

Pemain Syria, Abdelrazaq al Hussain meluahkan bahawa beliau merindukan beraksi perlawanan antarabangsa di tanah airnya.

Bekas jurulatih Syria, Fajr Ibrahim merasakan walaupun situasi bergolak itu memberikan inspirasi dan memaksa pasukan itu berusaha keras. Mereka mahu bangkit melalui bola sepak

Fajr mengharapkan FIFA memberi peluang untuk mereka beraksi di Syria. Sejak Perang Saudara Syria meletus, FIFA telah mengarahkan semua perlawanan antarabangsa di Syria hendaklah beraksi di negara berkecuali.

Selain Malaysia, Oman juga pernah dipilih sebagai gelanggang berkecuali untuk Syria.

Bola sepak Syria tidak mati

UEFA melalui Foundation For Children telah bersama AFC Development Project telah membina padang bola sepak untuk pelarian Syria.

Kem pelarian al Zaatari di Jordan telah terpilih untuk dijadikan tapak padang itu. Kem pelarian itu menempatkan 80 ribu penduduk Syria.

Bekas pemain Perancis, Christian Karembeu menganggap projek itu membantu kanak-kanak di kem itu mengurangkan trauma. Beliau ditemui ketika majlis perasmian padang itu pada September lepas.

Walau apa pun terjadi, Syria sudah berjaya mencuri tumpuan dunia melalui bola sepak. Mungkinkah Syria dapat menempa nama untuk mara ke Piala Dunia.

Bola sepak adalah antara perkara yang terbaik untuk ditatap oleh rakyat Syria di dada akhbar buat masa ini. Ia pasting membuatkan beberapa negara lain yang aman damai dengan infrastruktur serba moden tetapi gagal mara sejauh mereka.

Sekurang-kurangnya Syria mesti menang dalam perlawanan timbal balik. Pemenang perlawanan tersebut akan bertemu wakil CONCACAF untuk mara ke Rusia.

Sumber:

  1. News.com.au (2016): Syrian National Football Teams success Despite Country Being Torn Apart By War; http://www.news.com.au/sport/sports-life/syrian-national-football-teams-success-despite-country-being-torn-apart-by-war/news-story/33f146365042699476a2be0f6bcaf339
  2. Australian Broadcasting Corporation (2017): Syrian refugee camp in Jordan Gets Full Size Football Pitch; http://www.abc.net.au/news/2017-09-13/syrian-refugee-camp-in-jordan-gets-full-size-football-pitch/8932432

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN