Konflik Pelan Kewangan Punca Bordeaux Tak Lantik Henry Jadi Pengurus

Beberapa laporan media menyatakan yang Bordeaux tidak serius dalam usaha menjadikan Thierry Henry sebagai pengurus mereka.

Kelab itu memberikan respon bahawa, kegagalan usaha itu lebih kepada sebab kewangan ataupun dana.

Bordeaux tidak ada menyebut Henry meminta gaji lebih, jadi ianya lebih kepada dana kewangan untuk operasi kelab.

Bordeaux menggambarkan yang Thierry Henry memiliki perancangan kewangan yang sukar untuk mereka penuhi walaupun ada pelan pembangunan yang menarik.

Bordeaux memang merancang mahu melantik Henry menggantikan Gus Poyet. Mereka mendapat dana dariapda pelabur Amerika Syarikat, GACP.

Namun itu tidak bermakna mereka boleh sewenang-wenang berbelanja melebihi budget yang ditetapkan sebelum ini.

Bordeaux dan Henry sudah melalui perbincangan ke fasa akhir, namun perjanjian itu ‘mati’ pada Ogos lalu.

Ramai peminat terkejut apabila kelab mengumumkan Ricardo sebagai pengurus baharu mereka.

Henry menjadi sasaran utama Bordeaux selepas karisma beliau membantu Roberto Martinez di kem Piala Dunia bersama pasukan Belgium.

Dipetik daripada L’Equipe, wakil GACP, Joe Da Grosa berkata:

“Dalam setiap perniagaan, tak kira dalam bola sepak, kedai runcit ataupun insurans, mesti ada perancangan.”

“Kami ketika itu menaruh harapan yang tinggi persetujuan dengan Henry akan dicapai. Namun kadangkala, ada sebab yang munasabah untuk mana-mana pihak tidak bersetuju.”

“Itu yang berlaku.”

“Saya sangat menghormati beliau. Henry pemain yang hebat dan beliau ada perancangan karier yang sangat mengujakan.”

“Namun alasan kami adalah kerana isu berkaitan perancangan kewangan. Kami tak boleh bertindak mengikut emosi.”

Henry dilaporkan mahu mengawal secara total perbelanjaan pada jendela perpindahan. Beliau juga memiliki pelan yang melibatkan budget melebihi daripada yang ditetapkan oleh GACP.

“Thierry Henry mungkin ada impresi yang buruk tentang kami sepanjang perbicangan itu.”

“Namun kami mahu jelaskan di sini bahawa, kami terpaksa melupakan perbincangan itu kerana isu melibatkan dana.”

“Tak ada kekeliruan lain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN