Indonesia secara rasminya telah pun mengumumkan perpisahan mereka bersama Shin Tae-yong semalam yang sebelum ini memegang jawatan selaku pengendali utama pasukan kebangsaan.
Pemergian Shin telah pun mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat Sang Garuda dengan kebanyakan tidak berpuas hati akan keputusan dibuat oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Menurut Ketua Umum PSSI iaitu Erick Thohir, Indonesia bakal mendapatkan jurulatih baharu mereka tidak lama lagi serta akan diperkenalkan bagi menghidupkan misi ke pentas Piala Dunia 2026.
‘Misi Piala Dunia 2026’ – Indonesia Sudah Ada Pengganti Shin Tae-yong
Malah, Fabrizio Romano selaku wartawan terkemuka dunia turut menyatakan Patrick Kluivert bakal diperkenalkan selaku pengendali terbaharu Sang Garuda.
“Calon pengganti Shin untuk posisi utama kejurulatihan skuad kebangsaan sudah pun kita dapatkan. Pada 11 Januari ini beliau akan tiba di Indonesia dan keesokan harinya baru kita umumkan secara rasmi,” ujar Erick menerusi perkongsian Bola.com.
Yang pasti, jurulatih baharu itu memiliki cabaran cukup getir untuk memastikan Indonesia melayakkan diri ke saingan Piala Dunia 2026 menerusi sentuhan beliau selaku pengganti Shin seleoas ini.
“Sasaran utama kita adalah untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2026. Di sini saya ingin menegaskan pasukan kebangsaan milik Indonesia dan bukan siapa-siapa.
“Sang Garuda bukan milik Erick Thohir, PSSI, atau jurulatih sekali pun. Ia milik Indonesia,” kata Erick dengan sangat tegas.
Menerusi bayangan ditinggalkan oleh anak Shin iaitu Shin Jae-won di Instagram, beliau seolah menyatakan jurulatih itu mempunyai konflik dalaman bersama PSSI sehingga ayahnya menjadi mangsa keaadan.
“Mari kita lihat bagaimana kalian akan melangkah lebih jauh tanpa dia. Dia telah memberikan segalanya untuk menempatkan Indonesia pada tahap ini.
“Banyak yang aku mau katakan tentang bagaimana PSSI memperlakukan ayahku selama 5 tahun tapi aku akan tetap diam,” ulas beliau di Instagram.
Anak Shin Tae-yong komen di instagram Timnas :
" banyak yang mau aku katakan tentang bagaimana PSSI memperlakukan ayahku selama 5 tahun tapi aku akan tetap diam "😱😱😱
Waduhhh kalau dibongkar selesai tuh PSSI🤔 pic.twitter.com/YaekfoxGgx
— heulaaluhe (@aingriwehuy) January 6, 2025
Selain itu, Jae-won turut menyindir PSSI menerusi kejayaan bapanya membawa Indonesia untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selama ini.
Menerusi sindiran itu pelbagai teori serta pendapat dikeluarkan oleh peminat menerusi konflik yang mungkin berlaku membabitkan jurulatih itu bersama pengurusan PSSI.
Apa tidaknya, keputusan dibuat itu dianggap terlalu mengejutkan tatkala Shin berjaya memimpin skuad senior Indonesia menjadi antara kuasa besar di Asia Tenggara kini.
Bagaimana pandangan anda?