Nampaknya, semboyan telah pun berbunyi!
Konami menerusi sirinya Pro Evolution Soccer 2018 (PES2018) telah mengeluarkan video teaser mereka.
Masih lagi mengekalkan Barcelona sebagai muka hadapan, Konami berjanji untuk memberikan lebih banyak pembaharuan untuk mereka yang setia bersama mereka.
Tahun demi tahun, Konami berusaha untuk menggunakan sepenuhnya potensi Fox Engine untuk siri PES. Pada siri PES2018 ia boleh dikatakan yang enjin tersebut akan digunakan sepenuhnya.
Menerusi Pengurus Jenama Konami iaitu Adam Bhatti, terdapat beberapa perubahan utama dalam siri PES untuk edisi 2018. Antaranya:
- Pembaharuan besar-besaran kepada grafik. Model pemain dan stadium akan diperbaharui dengan lebih hebat
- Pembaharuan kepada animasi pemain seperti berlari, berjoging dan sebagainya
- Permainan (gameplay) akan diberi nafas baharu dengan menjadikan ia lebih seimbang berbanding edisi PES yang lalu
- Pertandingan pra-musim, sistem perpindahan yang lebih baik akan ditambah untuk siri Master League
- Siri 2v2 akan diwujudkan kembali berserta siri 3v3
- Persembahan yang lebih baik dari segi peranti, HUD dan persembahan perlawanan itu sendiri
- Paling penting, untuk platform PC akan dinaiktaraf kepada versi paling terkini dan ia akan sebaris dengan siri PES di konsol
Trailer penuh untuk permainan video ini akan disiarkan secara rasmi pada 13 Jun 2017. Lebih banyak lagi ciri-ciri dan berita mengenai perlesenan akan didedahkan ketika acara E3 kelak.
Sebelum itu, jom layan video teaser ini dahulu!