Kompleks Sukan Shah Alam Akan Dibina Dengan Kualiti Terbaik

Kompleks Sukan Shah Alam
How long can Darwin Nunez juggle a tennis ball with his head? Loading official content
How long can Darwin Nunez juggle a tennis ball with his head?
Check out Darwin Nunez’s head tennis skills before the Liverpool FC players take part in a spikeball training exercise.
0 seconds of 1 minute, 7 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: Madura United's goalless draw at Persib
01:30
00:00
01:07
01:07
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: Madura United's goalless draw at Persib Johnston expects a difficult match ahead of Aberdeen visit Thomas Müller shares his favourite and funniest moments at Bayern Hakimi scores twice as PSG continue formidable form with battling victory at Lyon Pitchside Angle: Peralta scores as Borneo win at Persita Neymar scores an Olympic goal for Santos and opposing fans applaud Djed Spence reflects on scoring his first Premier League goal Conceição decides Derby d'Italia Arne Slot: 'In every other league a lead like this would be very comfortable' Lihat lebih video Liverpool FC di OneFootball

Pembinaan bagi membangunkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang bakal menjadi gelanggang baharu Selangor di masa hadapan akan mendapat kualiti yang terbaik.

Kualiti yang terbaik yang dimaksudkan adalah berkenaan dari segi pembinaan kerana KSSA menjadi sasaran sebagai mercu tanda baharu di negeri itu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berkata, sebanyak 15 syarikat pembinaan bertaraf profesional cuba untuk mendapatkan hak membangunkan KSSA.

Namun sebelum ianya dimuktamadkan, penilaian secara terperinci harus dilakukan sebelum memberikan mandat kepada syarikat yang layak.

“15 syarikat mengemukakan cadangan untuk membangunkan semula kompleks sukan tersebut.

“Cadangan yang dikemukakan oleh semua syarikat tersebut disemak dan diteliti pada peringkat MBI. Hasil daripada proses tersebut, enam syarikat disenarai pendek dan diundang menyertai permintaan untuk cadangan [request for proposal].”

Dalam masa yang sama, projek KSSA ini juga mendapat respon yang amat positif dan ini memberikan gambaran jelas yang Selangor memerlukan mercu tanda sukan yang baharu dan gah.

Peratusan itu dapat diketahui selepas MBI melakukan sesi libat urus (town hall) bersama-sama orang awam di mana mereka boleh memberikan pandangan dan cadangan untuk memajukan lagi projek KSSA ini.

“Ekoran sesi libat urus tersebut, 98.7% daripada maklumbalas yang diterima adalah positif,” kata MBI dalam kenyataan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN