Kesetiaan. Satu perkara yang sukar untuk dicari dalam bola sepak moden ketika ini.
Sukar untuk kita berjumpa dengan pemain bola sepak yang akan kekal di satu-satu kelab. Tawaran baik ada, kita terima!
Namun begitu, hakikat mengenai kesetiaan dalam bola sepak ini tidaklah seperti yang disangka oleh para peminat.
Bagi Vincent Kompany, bercakap mengenai kesetiaan dalam bola sepak adalah satu perkara sukar untuk diperkatakan.
Hal ini kerana baginya, jika seorang pemain mahu kekal akan ada pula pengurus yang mahu pemain tersebut pergi.
“Kesetiaan itu adalah topik yang sukar untuk dibualkan dalam bola sepak.”
“Semua pemain ingin setia dengan kelab yang mereka bermain, tetapi hakikatnya tidak seperti yang dimahukan oleh pengurus.”
“Ada pemain memang mahu kekal di kelab, tetapi mereka terpaksa keluar kerana pengurus rasakan beliau boleh dapatkan pemain yang lebih baik daripada pemain itu.”
Walaupun begitu, Kompany tak menolak yang memang ada pemain yang ingin keluar dari kelab tersebut walaupun disayangi pengurus dan juga peminat.
“Ada pemain yang rasakan beliau boleh berjaya dengan satu-satu kelab dan menang banyak piala, sebab itu beliau pergi ke kelab itu.”
Kompany nyata bersyukur yang beliau diberikan peluang untuk terus kekal dan maju bersama Manchester City.
“Saya cukup bertuah untuk berada di kelab yang berikan saya peluang untuk memajukan permainan saya.”
“Akan tetapi, keputusan dicipta oleh pihak kelab menerusi pengurus atau juga pengarah.”
“Jika kita pilih untuk tidak sesuaikan diri atau kita memang tak sesuai dengan perancangan mereka, cintalah hebat mana pun kelab itu tapi kita tetap kena keluar dari kelab tersebut.”
Sumber:
- Daily Mail (2017): Vincent Kompany has tunnel vision… football just got more intrusive at the Etihad Stadium but the Manchester City captain is thinking only of titles; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4805806/Man-City-captain-Vincent-Kompany-thinking-titles.html