Vincent Kompany akan melepaskan peranan sebagai pengurus pasukan Anderlecht pada hari perlawanan untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada aksi di atas padang.
Kompany dilantik sebagai pemain-pengurus di kelab Belgium itu selepas meninggalkan Manchester City setelah tamat kempen musim lalu.
Namun Anderlecht hanya berjaya mengumpul dua mata dari empat perlawanan setakat ini, dan ia merupakan pencapaian terburuk kelab tersebut sepanjang tempoh 21 tahun yang lalu.
Vincent Kompany will no longer act as a player-manager for Anderlecht on match days.
The Belgium international wants to focus more on on-field matters as the captain. pic.twitter.com/1280fa7BwW
— BenchWarmers (@BeWarmers) August 22, 2019
Kompany akan kekal sebagai kapten pasukan. Manakala Ketua Jurulatih, Simon Davied akan mengendalikan perkara berkaitan taktikal dan pertukaran pemain pada hari perlawanan.
Perubahan ini akan bermula pada perlawanan seterusnya menentang juara bertahan liga, Genk pada Jumaat.
“Satu perkara yang akan terus berubah ialah Vinnie [Kompany] akan menjadi kapten,” ujar Davies dalam sidang media menjelang hari perlawanan.
“Beliau akan memberikan fokus untuk menjadi pemain pada hari perlawanan.
“He thinks he is God.”
Vincent Kompany has been slammed following Anderlecht’s poor start to the campaign – https://t.co/okcKzNcgMp pic.twitter.com/9kl0MQk3Lg
— Squawka News (@SquawkaNews) August 21, 2019
“Jika Vinnie boleh menjadi pemain terbaik di dalam liga, sepertimana telah dibuktikan, dan menjadi ketua di atas padang, maka saya boleh mengambil tanggungjawab lain seperti melakukan pertukaran dan menentukan cara kami bermain, atau melakukan perubahan yang perlu dilakukan.”
Anderlecht telah melalui dua kekalahan dan dua keputusan seri tanpa jaringan, sekaligus menempatkan kelab tersebut di kedudukan ke-13 dari 16 pasukan bertanding di Division A Belgium. Anderlecht kini sudah pun ketinggalan lapan mata dari Club Bruges yang mendahului liga.
Segalannya jelas tidak kena pada Sabtu lalu buat Kompany, apabila pasukan kendaliannya berjaya mendahului 1-0 pada babak pertama sebelum dibolosi empat gol pada babak kedua untuk tewas 4-2 di Kortrijk.
Bekas kapten Manchester City itu menjuarai 10 trofi di Etihad, dan kini akan mengambil alih peranan kapten di Anderlecht dari bekas rakan sepasukan di England, Samir Nasri.
Selain Kompany dan Nasri, beberapa muka baharu yang turut dibawa masuk oleh Anderlecht pada musim panas ini ialah sepertu Nacer Chadli dan Kemar Roofe dari Leeds United.