Kompany Derma Semua Wangnya Bantu Gelandangan Yang Tiada Tempat Tinggal

Kapten Manchester City, Vincent Kompany menyimpan hasrat untuk membantu golongan gelandangan yang sentiasa tidur di kaki lima melalui badan kebajikan yang ditubuh olehnya.

Menurut laporan daripada Independent, beliau akan mendermakan semua wang yang diraih daripada musim testimoninya untuk membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal di bandar North West.

Pemain pertahanan dari Belgium itu menjalinkan kerjasama dengan Datuk Bandar Manchester, Andy Burnham apabila mewujudkan Tackle4MCR dan berkata wang yang diraih daripada majlis makan malam gala serta perlawanan testimoni akan digunakan untuk membantu mereka yang tiada tempat tinggal.

“Saya sudah menerima banyak dari Manchester, kerjaya paling hebat di peringkat tertinggi, sokongan padu penyokong, keluarga yang baik dan banyak lagi yang saya perlu berterimakasih.

“Sejak sedekad lalu, saya cukup bertuah dapat menjadi saksi dan menjadi sebahagian yang meningkatkan City sebagai kelab dan jenama. Ini juga berjalan selari dengan pembangunan seluruh bandar ini.

“Bagaimanapun, peningkatan hebat ini masih terdapat kelemahan sangat ketara: semakin ramai orang tersisih dan tidak mempunyai akses kepada faedah perkembangan pesat, seringkali meninggalkan mereka tiada pilihan tetapi berakhir di jalanan,” katanya.

Semua wang yang diraih akan disumbangkan kepada dana Homelessness Burnham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN