Ketika namanya hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab, James Rodriguez tampil mencetuskan satu kontroversi baru dengan kenyataan yang menyakitkan hati.
Beliau dengan tenang mengakui yang dirinya tak tahu Everton akan beraksi bertemu Leeds United dalam saingan Premier League semalam.
Pemain kebangsaan Colombia itu menyertai The Toffees dari Real Madrid pada musim lalu, yang mana beliau ketika itu kembali bekerjasama dengan Carlo Ancelloti buat kali ketiga dalam kariernya.
James Rodriguez's Everton career looks to be all but over
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) August 20, 2021
Ancelloti dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha Everton untuk menandatangani pemain berkelas dunia itu.
Walau bagaimanapun, James Rodriguez berdepan dengan pelbagai perasaan bercampur baur ketika musim pertamanya di Goodison Park.
Everton ketika ini dikendalikan oleh Rafael Benitez, dan mereka sedang berada di tahap persembahan terbaik kelab. namun masa depan James Rodriguez dilihat agar samar-samar.
James Rodriguez revealed he didn’t know who Everton’s opponents were this weekend #EFC https://t.co/KWVhF25fm6
— talkSPORT (@talkSPORT) August 21, 2021
Rodriguez baru-baru ini membuat siaran langsung di platform Twitch dan ketika sedang bersiaran langsung, beliau telah mengeluarkan kenyataan yang telah mencetuskan kontroversi.
James dengan terbuka menyatakan yang beliau langsung tak tahu Everton ada perlawanan minggu ini, siapa lawan mereka, di mana perlawanan dilangsungkan dan kenyataan beliau itu telah mengundang kemarahan para peminat.
Beliau sememangnya tidak diturunkan ketika aksi kemenangan 3-1 bertemu Southampton sebelum ini kerana masih menjalani sesi kuarantin wajib, selepas disahkan positif C0V-19.
"I don't even know who Everton plays with, if you can tell me please” – James Rodriguez on his Twitch channel tonight when asked about who Everton play this weekend pic.twitter.com/KPp1oECn2F
— The Toffee Blues (@TheToffeeBlues) August 19, 2021
Ketika bersiaran langsung, James Rodriguez telah menyatakan bahawa:
“Saya rasa saya akan mula menjalani sesi latihan pada hari Isnin nanti.”
“Hujung minggu ini saya tidak akan bermain, saya bahkan tak tahu siapa akan lawan dengan Everton, boleh kamu semua beritahu saya?”
“Saya rasa ia perlawanan di tempat lawan kerana perlawanan sebelum ini di sini.” Jelas beliau sebelum peminat memberitahunya jawapan.
James Rodriguez doing his best to push his way out of Everton fans' hearts. 👀 pic.twitter.com/LReIMQasKk
— 90min (@90min_Football) August 20, 2021
“Ah, mereka akan beraksi bertemu Leeds, main di halaman lawan, lawan Bielsa, perlawanan yang sukar, mari lihat apa yang akan berlaku, semoga mereka menang.” Jelas James lagi.
Everton sekadar mencatat keputusan seri 2-2 menentang Leeds pada malam tadi tanpa pemain Columbia itu.
Everton dilaporkan sudah meletakkan nama James sebagai antara pemain yang mereka mahu jual, namun setakat ini masih belum ada kelab yang menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmatnya.
Dengan jendela perpindahan sudah hampir ditutup, sepertinya sukar untuk melihat James Rodriguez ditandatangani oleh kelab lain pada musim panas ini.
Ketika ditanya tentang masa depan James, pengurus Everton, Benitez menjelaskan bahawa:
James Rodriguez admits "I don't even know who Everton is playing" amid transfer speculationhttps://t.co/P9tzCYTbzk pic.twitter.com/lzQEcgxgld
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 20, 2021
“Terlalu banyak spekulasi. Kita akan terus bekerjasama dengan semua pemain yang ada di sini.”
“Sehingga 31 Ogos, ya, dia masih ada dalam rancangan saya.”
“Semoga saja dia akan berada dalam keadaan baik-baik sahaja pada minggu hadapan dan dia boleh meneruskan sesi latihan bersama kami, dan kita akan lihat apa yang akan berlaku sehingga jendela perpindahan ditutup.”