Pengurus Bayern Munich menyatakan Real Madrid adalah pasukan yang sangat kuat. Dalam sidang media perlawanan, Carlo Ancelotti dengan nada bergurau dengan ‘berharap’ trio BBC tidak dapat bermain di dalam perlawanan tersebut.
Cristiano Ronaldo pastinya berkobar-kobar mahu mengakhiri kemarau 613 minit tanpa gol di UCL musim ini.
Ancelotti berkata dia akan gembira sekiranya tiada tiga penyerang tersebut di dalam pasukan Real Madrid untuk perlawanan blockbuster di Allianze Arena.
Beliau berkata:
“Saya telah banyak melihat perlawanan Madrid dan saya rasa saya kenal sangat tentang BBC,”
“Pasukan kami ada keinginan dan kepercayaan. Itu yang sangat diperlukan dalam perlawanan ini. Kami mahu memberikan 100% dalam perlawanan ini dan cuba untuk memenangi perlawanan ini.”
“Saya berpendapat Madrid berada pada landasan terbaik untuk memenangi liga dan mereka melakukannya dengan sangat baik dengan BBC.”
“Jika tanpa mereka (BBC) dalam pasukan, ia bukanlah masalah besar dan saya fikir Zidane juga berpandangan yang sama.”
“Namun, saya lebih suka jika BBC tidak bermain. Saya lebih suka jika Cristiano berada di bangku simpanan, Benzema di tempat duduk penonton dan Bale duduk di rumah menonton perlawanan ini.”
“Jika boleh! Saya mahu itu yang berlaku.”
Ancelotti mengakui beliau tidak banyak berhubung dengan pemain-pemain Real Madrid selepas meninggalkan kelab tersebut.
Namun ia bukan bermakna hubungan beliau dan pemain-pemain Madrid sudah renggang. Malah Ancelotti menganggap hubungan beliau dengan Real Madrid ada keistimewaan tersendiri.
Cuma kali ini, Carlo Ancelotti lebih memikirkan tentang Bayern Munich berbanding dengan Real Madrid untuk perlawanan ini.
Baca juga: Letupan Terkena Bas Cederakan Pemain, Aksi Dortmund vs. Monaco Ditunda