Kombinasi Warna Putih & Emas Pada Jersi Serlahkan ‘Era Baru’ Real Madrid

Real Madrid

Seperti yang telah diketahui, kelab himpunan bintang, Real Madrid telah memperkenalkan jersi pasukan bagi menghadapi musim 2019/20.

Masih lagi bersama jenama terkenal dunia, Adidas, juara Eropah 13 kali dan 33 kejuaraan domestik itu menampilkan persalinan lebih menarik dengan kombinasi warna tradisi putih dan emas yang menonjol pada jersi kelab tersebut.

Warna emas dipilih bagi memberikan penghargaan berikutan deretan kejayaan yang dicipta ‘Raja Eropah’ lebih daripada 117 tahun tanpa dapat disaingi pasukan lain di Eropah.

Walaupun reka bentuk jersi kali ini dilihat ‘minimal’ seperti kebiasaan tetapi ia sebagai tanda era baru, laparkan kejayaan dan meneruskan kecemerlangan kelab.

Ia seiring dengan langkah pengurus pasukan, Zinedine Zidane yang melakukan pelaburan besar-besaran untuk menambah baik pasukan yang sedikit muram musim lalu.

Jersi baharu ini membawakan kisah silam dan terkini bersama-sama dalam kombinasi warna bersejarah dan reka bentuk moden, yang membina simbol kejayaan baru untuk kelab.

Adidas telah mengambil inspirasi daripada mahkota emas yang berada pada logo pasukan sejak lebih 100 tahun untuk menghiasi hujung lengan jersi dengan warna emas.

Seperti musim lalu, jersi ini juga menampilkan kolar ‘crew’ moden, juga dengan kombinasi warna emas dan tidak ketinggalan ‘three stripes’ ikonik Adidas di bahagian bahu.

Kali terakhir Real Madrid mengeluarkan jersi yang mempunyai warna emas adalah pada musim 2011/12. Ia memberikan gambaran jelas bermulanya era baru buat Real Madrid bagi terus mendominasi dunia bola sepak.

Jersi tersebut dilihat lebih bermakna buat penyokong Real Madrid. Dari kelab yang menerima gelaran Diraja daripada King Alfonso XIII pada 1920 kepada kejayaan Eropah pada tahun 50an sehingga kini, Real Madrid sentiasa menjadi kelab yang menggunakan kain yang berbeza.

Jersi dengan teknologi CLIMALITE yang pantas mengeringkan peluh ini diperbuat daripada 100% material Polister.

Jersi Real Madrid (home) boleh didapati dengan harga RM300 dan boleh didapati secara eksklusif di butik Adidas, secara dalam talian di www.adidas.com.my dan melalui pengedar terpilih bermula 14 Jun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN