“Kombinasi Pemain Tempatan & Import Serasi”- Pengendali PDRM Puas Hati Prestasi Semasa Pasukan

Pengendali PDRM iaitu Azzmi Ab Aziz pastinya menjadi individu paling gembira ketika ini selepas skuadnya berada dalam prestasi memuaskan dalam saingan Liga Super sehingga kini.

Selepas melalui enam perlawanan, PDRM tampil dengan prestasi di luar jangkaan walaupun pada awalnya tidak begitu diberi tumpuan ramai penyokong bola sepak tempatan.

Menerusi peningkatan telah dipamerkan skuad tersebut, ianya membuatkan Azzmi sendiri tabik kepada barisan pemain yang berjuang dengan sebaik mungkin untuk memberi reaksi positif pada musim pertama mereka kembali dalam Liga Super.

Menurut Azzmi, apa yang membuatkan beliau kagum ialah persembahan diberikan oleh para pemain jelas sangat bagus serta tidak gugup dalam permainan, walaupun majoriti daripada mereka ialah wajah-wajah baharu diserap masuk dalam skuad utama musim 2023.

Tambahan lagi, aksi yang ditampilkan oleh para pemain import juga wajar mendapat pujian kerana memberi sumbangan yang bagus buat pasukan di segenap posisi pasukan tersebut.

Antara yang mencuri perhatian, sudah tengu menerusi penyerang import mereka iaitu Bruno Suzuki, selepas pemain tersebut muncul wira bagi memastikan PDRM terus membawa pulang tiga mata berharga mengatasi Kuching City 1-0 di gelanggang lawan.

Sehingga kini, Suzuki telah pun meledak dua gol dan jaringan sulung beliau pastinya akan terus diingati Azzmi ketika mereka menewaskan Kedah Darul Aman (Kedah) di Alor Setar.

“Sejujurnya saya begitu gembira dan positif terhadap pemain yang berjaya memperagakan peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan walaupun majoritinya adalah muka baharu yang diserapkan dalam pasukan.

“Bagi saya kombinasi pemain tempatan dan juga import semakin serasi, lebih menarik mereka mampu mengikut perancangan yang kami atur dalam setiap perlawanan.

“Hasilnya ketika berdepan dengan KCFC malam tadi, pemain mengikut perancangan yang dirancang dengan aksi tersusun selain tidak memberi ruang kepada pasukan lawan bergerak bebas terutama dalam kawasan penalti.

“Namun kejayaan malam tadi bukannya mudah apatah lagi beraksi di tempat lawan, tapi pemain beraksi dengan baik sebelum berjaya melakar kemenangan ketiga setakat ini selepas enam perlawanan,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk perlawanan seterusnya, PDRM berpeluang untuk tampil dalam carta lima terbaik Liga Super, sekiranya mereka mampu menewaskan Sri Pahang di laman sendiri pada Rabu ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN