Apa Akan Jadi Apabila Koeman Main Football Manager Lawan Peminat Everton? Ini Hasilnya!

Baru-baru ini, pengurus Everton iaitu Ronaldo Koeman telah mengambil cabaran untuk bermain Football Manager dengan salah seorang pencipta permainan tersebut.

Koeman menentang Paul Collyer yang juga merupakan peminat setia Everton dalam sebuah perlawanan khas Football Manager yang diadakan di kompleks latihan Everton di USM Finch Farm.

Koeman bersama Collyer.

Diantara pengurus Everton di dunia sebenar menentang pencipta Football Manager, siapa yang akan menang?

Perlawanan sengit

Dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua individu ini menggunakan pasukan Everton, Koeman menggunakan formasi 4-1-2-3 sementara Collyer menggunakan formasi 5-4-1.

Koeman dan Collyer menggunakan skuad yang hampir sama kecuali Koeman menggunakan Dominic Calvert-Lewin berbanding Collyer yang menggunakan Mason Holgate.

Formasi yang digunakan oleh Collyer (kuning) dan juga Koeman (biru).

Perlawanan ini nyata berat sebelah pada separuh masa pertama apabila skuad Everton kendalian Collyer apabila taktikal 5-4-1 beliau berjaya memberikan pendahuluan 3-0 ke atas skuad Koeman!

Tom Davies, Idrrisa Gueye dan Romelu Lukaku menjaringkan gol untuk skuad Collyer pada separuh masa pertama apabila taktikal Collyer berjaya merobek lopong pertahanan Koeman yang terbuka luas.

Namun selepas melakukan beberapa pertukaran, skuad kendalian Koeman kembali melawan di separuh masa kedua.

Romelu Lukaku dan Ademola Lookman menjaringkan 2 gol untuk skuad Koeman untuk menjadikan perlawanan berakhir dengan drama di penghujung permainan.

Walaupun dihujani dengan pelbagai peluang namun skuad Koeman gagal memperoleh gol penyamaan dan beliau tewas 3-2.

Realistik

Bagi Koeman yang pertama kali bermain permainan Football Manager, beliau nyata kagum dengan tahap realisitik permainan tersebut.

“Permainan ini cukup realistik dan juga mendalam. Collyer nyata tahu selok belok permainan ini namun saya mampu kembali pada separuh masa kedua.”

Everton merupakan rakan kerjasama rasmi bagi edisi Football Manager 2017 selain dari kelab Watford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN