Kobert Kekal Jadi Penaja T-Team Seperti Dalam Kontrak

Beberapa hari ini heboh diperkatakan tentang penajaan Kobert untuk pasukan T-Team telah tamat pada separuh musim 2017.

Pihak kami semuanyaBOLA menghubungi pihak Kobert untuk mendapatkan kepastian tentang isu ini. Ternyata ianya tidak benar.

Pihak Kobert ternyata kecewa dengan khabar angin yang menyatakan yang penajaan jersi untuk T-Team tamat sehingga separuh musim 2017.

Berita tidak benar itu tersebar kononnya pasukan T-Team akan memakai jersi baru tajaan sebuah jenama antarabangsa untuk baki saingan musim 2017. Separuh kedua musim 2017 akan bermula kurang dari seminggu lagi.

Amat jarang penajaan jersi dalam liga profesional hanya untuk separuh musim kecuali kontrak ditamatkan atas sebab-sebab luar biasa.

Kobert adalah syarikat anak tempatan dari Terengganu telah komited menaja pasukan T-Team dan juga Terengganu.

Syarikat tersebut juga telah memperbaiki banyak aspek dalam pengahasilan jersi yang berkualiti setaraf dengan jersi keluaran antarabangsa.

Penambahbaikan ini telah diakui ramai pihak yang merasa sendiri jersi Kobert untuk pasukan Terengganu dan T-Team pada musim ini.

Kobert juga giat melakukan promosi dan diskaun untuk jersi-jersi pasukan T-Team dan Terengganu.

Kepada penyokong-penyokong Terengganu Darul Iman!

Anda boleh mendapatkan jersi Terengganu 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Malah kami juga ada jersi pasukan hoki Terengganu musim 2017! Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Terengganu 2017
SBX – Terengganu 2017
SBX – Terengganu 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN