Kobe Chong: “Biarkan Kaki Saya Berbicara”

Kehadiran Kobe Chong ke Malaysia sebelum ini telah pun mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mengenai tujuan sebenar beliau dengan pelbagai spekulasi sudah bermain di media sosial.

Walaupun begitu, wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam tampil menyatakan kehadiran Kobe sedia membuat rundingan bersama beberapa kelab tempatan selepas ini.

“Kobe Chong berminat untuk beraksi dalam Liga Super. Tiba di Kuala Lumpur semalam, pemain warisan negara itu difahamkan bakal melakukan rundingan dengan beberapa kelab menjelang jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia, Ogos ini,” jelas kenyataan tersebut.

Pemain warisan tersebut sebelum ini sudah pun beraksi di England bersama beberapa kelab tempatan sana sebelum mengambil keputusan untuk cuba beraksi buat pasukan saingan Liga Malaysia (Liga M).

Beraksi di posisi tengah, kehadiran Kobe kini menyaksikan peluang untuk dirinya menyarung jersi Harimau Malaya bawah kendalian Kim Pan-gon cukup cerah pada masa hadapan.

Ketika ditanya Zulhelmi tujuan sebenar tiba di Malaysia, Kobe mengakui dirinya ingin membuat rundingan bersama beberapa kelab tempatan selain melawat saudara mara lain.

“Sebab saya berada di Malaysia adalah kerana saya mahu melawat saudara-mara dan rakan saya yang berada di sini selain turut melakukan rundingan dengan beberapa kelab Liga Super Malaysia.

“Saya juga mahu menikmati suasana Malaysia di Kuala Lumpur. Sudah ada beberapa kelab yang menghubungi saya, jadi saya akan berhubung kembali dengan mereka.

“Jika ada kesepakatan, saya mungkin kekal berada di sini tetapi buat masa ini, masih terlalu awal untuk memperkatakannya,” jelas beliau menerusi perkongsian Stadium Astro.

Pada masa sama, Kobe turut menepis kritikan segelintir penyokong mengenai keinginan beliau untuk menyertai kancah Liga M pada masa akan datang.

“Saya tahu kebanyakan orang Malaysia hanya mengiktiraf Liga Perdana Inggeris (EPL). Datang dari luar negara dengan liga di tahap yang pernah disertai Darren Lok (penyerang negara), bagi kami, ia demi masa depan jangka panjang dalam bola sepak, terutama di Asia atau di Malaysia, yang mana kami memiliki warisan mereka.

“Ia peluang yang baik untuk kami mengembangkan karier kami. Melainkan kami dapat beraksi dalam EPL atau Liga Kejuaraan, ini adalah peluang terbaik kami dan sudah tentu peluang untuk mewakili skuad kebangsaan merupakan sesuatu yang dapat mengubah nasib kami.

“Liga yang saya jalani kini amat kompetitif. Saya akan biarkan kaki saya berbicara, jadi apabila penyokong, jurulatih atau stafnya melihat permainan saya, mereka dapat menilainya sendiri.

“Darren dan Lee Tuck datang daripada tempat di mana saya berada dan mereka dapat mewakili skuad kebangsaan, jadi saya tidak dapat lihat mengapa saya tidak dapat melakukannya. Saya masih muda dan bermain untuk kelab profesional,” ulas beliau akhir sekali.

Sumber:
Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN