Quantcast

BERITA

KNVB Berbincang Dengan Van Gaal Untuk Cari Jurulatih Baru, Bukannya Melantik Beliau

Nama Louis Van Gaal menjadi tajuk utama akhbar di Belanda selepas pemecatan Danny Blind.

Ini kerana KNVB dilaporkan menghubungi bekas pengendali Manchester United dan jurulatih yang membantu Belanda berada di tempat ke-3 pada Piala Dunia 2014.

Laporan De Telegraaf menyebut, perbincangan di antara KNVB dan Louis Van Gaal lebih kepada meminta bantuan Van Gaal untuk mencari jurulatih baru.

Ini kerana KNVB mahu segera jawatan itu diisi. Danny Blind dipecat selepas kekalahan 2-0 di tangan Bulgaria.

Kekalahan yang meletakkan Belanda kini di tangga ke-4 dalam kumpulan untuk kelayakan Piala Dunia Russia 2018.

KNVB berkata mereka seharusnya menekan butang panik untuk mengelakkan Belanda tidak mara ke kejohanan major untuk kali ke-2 berturut-turut selepas Euro 2016.

Pengarah Teknikal KNVB Jean Paul Decossaux berkata:

“Kami berharap untuk mendapatkan jurulatih baru secepat mungkin. Namun ia tidak boleh dilakukan dalam masa seminggu. Kami perlu melakukan banyak penelitian.”

“Kami terbuka untuk mengambil jurulatih luar. Dalam senarai kami, kami ada beberapa nama yang kami rasakan mampu membawa bola sepak Belanda terus bergerak ke hadapan.”

“Tanpa bersembunyi dan tanpa ragu, ia termasuk Ronald Koeman. Walaupun kami tahu beliau masih ada kontrak dengan Everton.”

Everton sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mahu melepaskan Koeman dengan apa jua syarat.

Bercerita tentang Van Gaal, KNVB mengesahkan jurulatih itu tidak berminat untuk kembali melatih mana-mana pasukan buat masa ini.

Ianya selepas beliau mengumumkan persaraan beliau pada tahun lalu. Namun Van Gaal akan cuba sedaya upaya membantu KNVB dalam usaha mendapatkan jurulatih baru yang terbaik untuk Belanda!

Baca juga: KNVB Memecat Danny Blind Selepas Kekalahan Belanda Di Tangan Bulgaria

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!