Jurgen Klopp dilaporkan berada di pejabat beliau ketika majlis undian UCL dan juga Anugerah UEFA. Beliau memberikan reaksi segera beliau di Liverpoolfc.com, ke atas undian, dan juga kemenangan Van Dijk serta Alisson di majlis anugerah.
Berkenaan undian
Liverpool diundi dalam kumpulan E bersama-sama dengan Napoli, Salzburg dan Genk.
“Napoli lagi! Saya tidak tahu berapa banyak kita perlu bermain menentang Napoli. Namun jelas mereka adalah pasukan yang berpengalaman.”
“Kita juga akan melihat lebih teliti 2 lagi pasukan iaitu Salzburg dan Genk. Namun saya tahu mereka pasukan yang muda, mengujakan dan segar. Ini akan menjadi menarik 100%.”
“Sekarang kita dah tahu siapa lawan kita. Saya sudah beritahu Divock, bahawa kita akan berhadapan dengan Genk.”
“Kita akan buat analisis dan kajian ke atas ketiga-tiga lawan kita. Dan kita tahu kesemua mereka bermain luar biasa pada musim lalu.”
“Sudah tentunya Salzburg terkenal dengan kejayaan mereka melahirkan bakat baharu seperti Sadio Mane dan Naby Keita, dan ramai lagi yang mereka jumpa. Ini akan menjadi sangat menarik.”
Klopp waspada dengan ancaman daripada Napoli yang dibimbing Carlo Ancelotti.
“Mereka tersingkir musim lalu, dan ianya sangat hampir [untuk mereka atasi Liverpool untuk mara] – Ali melakukan ‘save’ yang sangat penting pada saat akhir. Mereka akan ingat perkara itu dan menjadi sangat emosi, saya sangat pasti akan perkara itu.”
Klopp enggan memandang rendah 2 lagi pasukan. Kerana menurut beliau, 2 pasukan tersebut ada kekuatan tersendiri terutama sekali apabila mereka berada di halaman sendiri.
Klopp kemudian menyatakan beliau gembira dengan kemenangan Virgil Van Dijk serta Alisson.
Van Dijk memenangi anugerah Pemain Terbaik UEFA dan Pertahanan Terbaik UEFA. Manakala Alisson memenangi Penjaga Gol Terbaik UEFA.
Komen tentang Van Dijk
“Hebat, ianya sangat bermakna. Saya mahu sahaja terus menghubungi beliau, namun beliau perlu naik ke atas pentas.”
“Saya berkongsi rasa gembira dengan kejayaan beliau, dan juga untuk diri kami, kerana beliau tahu, tanpa pemain-pemain lain di sekeliling beliau, mustahil untuk beliau memenangi anugerah itu.”
“Anugerah itu milik kami semua – namun kami hantar ‘orang besar’ kami untuk mengambilnya. Ianya sangat jarang untuk pertahanan memenanginya.”
̶C̶a̶l̶m̶ Cool as you like 🏆🏆
Van Dijk 👏👏👏#UCLdraw pic.twitter.com/Letdy1RVzV
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 29, 2019
“Ini juga memberikan petanda yang penting kepada bola sepak. Ya kita semua sukakan gol, dan suka menjaringkan gol serta melihat gol. Namun kini lebih ramai orang akan lebih teruja tentang aspek pertahanan.”
“Saya gembira untuk beliau dan keluarganya.”
Komen tentang kejayaan Alisson
“Tahniah juga kepada Alisson. Beliau sangat berhak menerimanya. Beliau melakukan banyak ‘saves’ luar biasa. Dalam aksi final menentang Tottenham, beliau menampakkan beberapa ‘saves’ itu mudah. Tetapi sebenarnya tidak.”
✨ 2018/19 #UCL Goalkeeper of the Season ✨
🏅 𝐀𝐋𝐈𝐒𝐒𝐎𝐍#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/4LqDHksmf8
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 29, 2019
“Beliau kekal tenang, dan pada momen yang tepat beliau melakukan tindakan pantas, untuk menyelamatkan nyawa kami.”
“Jadi, beliau sangat berhak, musim pertama dengan kami dan terus memenangi UCL, Copa America dan kini menjadi penjaga gol terbaik.”
“Pada pendapat saya, beliau adalah penjaga gol terbaik di dunia buat masa ini.”
“Kami harus cuba memastikan beliau mengekalkan prestasi beliau. Ketika ini beliau cedera, dan kami sudah menunggu kepulangan beliau. Namun begitu, Adrian turut melakukan tugasnya dengan luar biasa.”
“Berjaya menghantar 2 pemain ke majlis itu dan mereka memenangi anugerah, ianya hari yang besar untuk Liverpool.”