Klopp: Spekulasi Masa Depan Salah Tak Ganggu Prestasi Liverpool

Klopp Salah
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menolak tanggapan yang mengatakan spekulasi berhubung kontrak dan masa depan Mohamed Salah menjadi punca kepada penurunan prestasi skuad juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sejak akhir-akhir ini.

Aksi menarik yang ditampilkan Salah sejak menyertai Liverpool pada musim 2017/18 itu telah melonjakkan namanya selaku antara peledak berbisa di dunia sehingga membuatkan beliau dikaitkan dengan dua gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.

Usaha The Reds untuk meneruskan momentum cemerlang selepas menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 dan kemudiannya menamatkan kemarau panjang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris 2019/20 kelihatan tidak berada di keadaan baik selepas mereka hanya mampu mencatatkan tiga keputusan seri dan tewas dua perlawanan pada lima aksi terakhir saingan liga.

Lebih perit untuk ditelan, mereka tewas di tangan Southampton dan Burnley manakala diikat Manchester United, West Bromwich Albion dan Newcastle United sehingga menyebabkan mereka tergelincir ke tangga keempat liga.

Sehubungan dengan perkembangan tersebut, sudah ada khabar angin mengatakan masa depan Salah yang menjadi gangguan buat kem Liverpool pada ketika ini.

”Saya tidak merasakan seperti itu,” ujar Klopp menafikan khabar angin tersebut menurut laporan Goal.

” Keadaan ini [penurunan prestasi] merupakan perkara biasa yang terjadi dalam dunia bola sepak. Dalam kebanyakan kes, ia tidak kerana [spekulasi] itu.”

”Tidak, saya tidak merasakan perkara tersebut akan menganggu musim kita,” tambah Jurgen Klopp lagi.

Dalam perkembangan lain mengenai Salah, pemain kelahiran Mesir itu difahamkan masih mempunyai kontrak selama dua tahun setengah bersama Liverpool dan Klopp melihat tiada keperluan mendesak untuk menawarkan tonggak utamanya itu kontrak baharu.

Kredit featured image: Marc Atkins/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp dan Mohamed Salah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN