Liverpool musim lalu melalui kempen yang baik pada separuh musim. Namun jatuh merudum pada Januari membuatkan mereka gagal untuk menyaingi kejuaraan.
Kali ini kami membawakan previu tentang pasukan yang berpangkalan di Anfield ini.
Pembentukan skuad
Liverpool agak perlahan dalam pembelian pemain untuk jendela perpindahan kali ini. Berikut adalah pemain masuk dan keluar.
Masuk:
Mohamed Salah, Dominic Solanke, Andrew Robertson (Hull City) Undisclosed Details
Keluar
Andre Wisdom, Ryan Fulton, Lucas Leiva, Kevin Stewart, Pedro Chirivella, Connor Randall
Squad Depth
Secara kasarnya pasukan ini bergelut dengan isu pemain tengah defensif yang konsisten. Klopp mengambil inisiatif untuk menggunakan pemain tengah kotak ke kotak untuk menggalas tugas no.6.
Umumnya, Liverpool tidak begitu banyak bezanya dengan kualiti musim lalu. Cuma ada tambahan kualiti di barisan serangan dengan kemasukan Mohamed Salah dan Dom Solanke.
Mereka tidak kehilangan pemain utama buat masa ini meskipun Coutinho dikaitkan dengan Barcelona.
Taktikal
Klopp menggariskan isu kelajuan dan kreativiti di dalam pra musim kali ini. Paling menonjol adalah gandingan Mohamed Salah dan Coutinho.
Liverpool adalah pasukan yang menyerang berdasarkan sistem diverting run yang aktif. Pemain bermain dalam sistem free 5. Di mana 5 pemain serangan tidak ada posisi yang tetap.
Dari segi pertahanan, mereka adalah pasukan yang mengamalkan gegenpressing. Dari segi formasi, mungkin ini antara yang akan mereka gunakan musim hadapan.
Klopp sudah pun menjawab soalan wartawan ketika bertanya, di mana posisi Mane kerana Salah bermain di posisi Mane pada pra musim dengan sangat baik.
Klopp menyatakan yang Mane tiada masalah untuk bermain di sebelah kiri. Jadi, satu gandingan yang sangat laju di antara 2 pemain ini yang akan bergandingan dengan 9 jadian Roberto Firmino.
Namun begitu, Liverpool harus menyelesaikan isu penyerang utama mereka. Pasukan yang bersaing untuk kejuaraan biasanya memiliki tipikal penyerang 20 gol semusim.
Ini antara aspek yang mereka hilang sejak penjualan Luis Suarez. Liverpool dijangka akan mara ke kempen UCL pada musim hadapan. Jadi, pemain seperti Origi dan Solanke ada peluang yang baik untuk membuktikan kemampuan mereka.
Kelemahan musim lalu
Pasukan ini sangat bermasalah untuk menghentikan serangan balas yang terus menggunakan bola tinggi. Dengan sistem gegenpressing, sudah pastinya di bahagian pertahanan akan sedikit sahaja.
Apabila pemain tinggal sedikit, mereka perlu efektif menghentikan bola tinggi tersebut. Lihat contoh di bawah ini, bagaimana pasukan kuning melangkaui (bypass) blok gegenpressing mereka dengan bola tinggi.
Seterusnya adalah isu bertahan ketika bola mati. Ini masalah yang sudah terlalu lama menjadi barah dalam pasukan ini.
Apa yang kami jangkakan
Pasukan Liverpool akan berhadapan dengan kesukaran untuk bersaing 4 teratas dengan kualiti pesaing mereka. Perkara yang sama kami jangkakan musim lalu.
Namun ternyata Jurgen Klopp pengurus yang mampu membuatkan pasukan ini ‘over-perform’. Jadi, kebijaksanaan Klopp sangat penting untuk menguruskan pasukan ini secara taktikal.
Jadi, kami menunggu sama ada sistem bebas berlima (free five) ini akan digunakan, ataupun pemain dikawal dengan peranan yang lebih berdisiplin.