Quantcast

BERITA

Klopp Pilih Man City Sebagai Calon Juara Premier League Musim Ini

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah memilih Manchester City sebagai calon pilihan untuk bergelar sebagai juara Premier League musim ini.

Bercakap ketika sidang media pra-perlawanan FA Community Shield, Klopp mengatakan salah satu punca mengapa pasukan itu adalah pilihan kerana mereka telah memenanginya sebanyak 2 kali berturut-turut.

“Kami bukanlah pasukan pilihan. Kami baru mencapai tahap itu pada tahun lalu (memenangi kejuaraan) dan kami kena buktikan sekali lagi.”

Klopp turut menolak dakwaan yang pasukannya menjadi pilihan memenangi liga jika dilihat kepada struktur pasukan Manchester City ketika ini.

“Mereka tidak kehilangan pemain, mereka mempunyai skuad yang konsisten dan pemain-pemain yang berpengalaman.”

“Mereka cuma kehilangan Vincent Kompany dan mungkin hanya akan hilang seorang lagi pemain. Jadi mana mungkin kami akan menjadi pasukan pilihan?”

Musim lalu, Liverpool menamatkan saingan liga dengan kutipan 97 mata namun masih lagi terlepas kejuaraan Premier League.

Namun begitu, Klopp membimbing Liverpool menjadi johan UEFA Champions League di Madrid tempoh hari.

Liverpool dan Manchester City akan bertemu dalam aksi pembuka tirai kalendar bola sepak Inggeris pada 4 Ogos 2019.