Pengurus Liverpool Jurgen Klopp memilih Chelsea sebagai pilihan utama untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas melihat skuad kendalian Frank Lampard tersebut mempunyai skuad yang serba lengkap.
Musim ini Chelsea berbelanja besar membawa masuk beberapa pemain baharu semasa tempoh perpindahan musim panas lalu yang menelan kos sekitar £220 juta (RM1.2 bilion).
Walaupun sedikit bergelut pada awal musim, kelab London tersebut kini semakin konsisten yang merekodkan 16 perlawanan tanpa tewas dalam semua pertandaingan termasuk kemenangan 3-1 ke atas Leeds United pada Sabtu.
https://twitter.com/_CFCLiam/status/1335534213370621952?s=20
Chelsea kini sedang menerajui takhta liga dengan 22 mata, mengatasi Tottenham Hotspur dan skuad kendalian Klopp yang mengumpul 21 mata yang masing-masing akan beraksi pada Ahad.
“Berdasarkan situasi sekarang ini, pada saya Chelsea lebih dilihat sebagai pilihan [juara],” ujar pengurus warga Jerman itu ketika sidang media menjelang perlawanan berdepan Wolverhampton Wanderers.
“Mereka ada skuad yang besar, memiliki pemain hebat yang semakin serasi bersama selepas permulaan yang agak perlahan musim ini, tetapi sekarang mereka semakin baik.
Klopp menganggap kelebihan kini jelas milik Chelsea kerana mempunyai pemain sandaran yang cukup di setiap posisi seandainya pemain utama tidak dapat beraksi.
''If I watch football games then I see that Tottenham is obviously doing pretty well.
''Chelsea for me in the moment looks like the favorites, bigger squad, great players, and play football,'' Klopp explained. pic.twitter.com/RZVztYwXZU
— Jonathan (@naijaplenty) December 6, 2020
“Dengan pemain-pemain yang ada ketika ini, mereka berpeluang untuk membuat pertukaran pemain dari satu perlawnaan ke satu perlawanan yang lain, itu yang menjadikan mereka lengkap.”
Situasi di kem Liverpool pula kini melihatkan masalah kecederaan yang agak kritikal melibatkan beberapa pemain utama di bahagian pertahanan seperti Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Trent Alexander-Arnold.
Pemain lain yang masuk dalam senarai kecederaan adalah Alisson Becker, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain.
Keadaan tersebut membuatkan Klopp percaya perlumbaan untuk merebut kejuaraan liga musim ini terbuka kepada beberapa pasukan berbanding musim lepas dan beliau menekankan agar pemainnya fokus untuk menghasilkan keputusan terbaik dalam setiap perlawanan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Chelsea dan Jurgen Klopp:
Klopp Jelaskan Sebab Pilih Caoimhin Kelleher Berbanding Adrian