Klopp Pertahan Ozil, Anggap Media Jerman Punca Utama Masalah

Jurgen Klopp telah melahirkan sokongan beliau dan mempertahankan tindakan Mesut Ozil yang bergambar dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Edorgan.

Gambar itu dianggap kontroversi di Jerman dan ramai menghentam Ozil dan membuatkan pemain itu mengumumkan persaraan antarabangsa atas alasan serangan berbentuk perkauman diterima beliau.

Ozil menjadi sasaran utama media dan beberapa penyokong Jerman di sebalik prestasi memalukan negara tersebut pada Piala Dunia 2018.

Walaupun Ozil menjadi pemain paling banyak mencipta peluang dalam kem Jerman, Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness antara yang lantang menghentam pemain itu.

Menurut Hoeness, Ozil patut bersara selepas Piala Dunia 2014 kerana itulah kali terakhir pemain itu bermain baik.

Terbaru Hoeness memperlekehkan kenyataan Unai Emery yang menyenaraikan Ozil dalam 5 calon utama untuk menjadi kapten Arsenal.

Klopp walaubagaimanapun mempertahankan Ozil dan faham kenapa pemain itu bersara daripada arena antarabangsa. Ia bukan sebab Ozil tak patriotik, tetapi layanan beberapa media dan orang Jerman ke atas beliau.

Ozil menyatakan:

“Saya adalah orang Jerman ketika kami menang dan menjadi imigran ketika kami kalah.”

Klopp juga setuju Ozil menjadi kambing hitam kegagalan pasukan Jerman. Kenapa pemain-pemain lain seperti Neuer, Muller dan Kross tidak dikritik? Kenapa perlu ada ‘double standard‘?

Sedangkan Jerman memegang kepada prinsip, menang bersama dan kalah bersama. Klopp berkata:

“Ini adalah contoh klasik bagaimana informasi yang salah dan sudah tentunya ianya mengarut sepenuhnya.”

“Gambar ini telah disalah guna dan Ozil menjadi mangsanya.”

“Dalam politik, perkara kecil pun akan diperbesarkan secara berterusan.”

“Biasanya orang yang bijak akan berdiam diri kerana sukar untuk mereka berkata perkara yang betul. Ini termasuk saya sendiri.”

“Ramai yang tidak tahu apa-apa bercakap dengan lantang dalam perbicangan ini.”

“Saya sangat kenal dengan Ilkay Gundongan, begitu juga Emre Can, Nuri Sahin. Walaupun saya tak kenal sangat dengan Ozil namun saya mahu untuk menjemput dia ke rumah.”

“Saya tidak pernah meragui kesetian mereka ini kepada negara kami.”

“Perbezaan yang ada pada mereka adalah salah satu perkara yang negara kita miliki, jadi di mana masalahnya?”

“Itu adalah perkara yang cantik, perbezaan budaya, dan kita semua pasti ingat betapa indahnya Piala Dunia 2006, di mana iklan Pala Dunia menggunakan ibu bapa Gerald Asamoah dan Mario Gomez sedang ‘barbeque’ bersama-sama.”

“Kita semua saksi betapa indahnya ia berlaku. Dan sekarang ini, 2 pemain ini, gambar mereka jatuh ke tangan orang yang sangat licik mahu menegakkan hujah mereka 100% betul.”

“Sebab itu saya merasakan perbincangan hal ini penuh kepura-puraan, hipokrasi.”

“Apa yang membuat keadaan ini teruk adalah, orang di luar tidak diberikan informasi yang betul.”

“Media tidak sepatutnya terlalu mencipta sensasi untuk perkara seperti ini setiap hari. Cuba lebih bertenang dan lihat siapakah orang di sebalik semua ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN