Klopp: “Pemain Liverpool Sudah Kaji 500,000 Video You Tube Aksi Neymar & Mbappe”

Pemain Liverpool tidak gentar berhadapan dengan Neymar dan Kylian Mbappe kerana sudah menonton 500.000 video aksi kedua-dua pemain tersebut melalui You Tube.

Demikianlah dakwaan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sepertimana yang dilaporkan oleh BBC.

(Photo by Nick Taylor/Liverpool FC/Liverpool FC via Getty Images)
Neymar & Mbappe cergas

Menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada awal pagi nanti, Paris Saint-Germain telah mengesahkan dua penyerang utama mereka itu telah cergas sepenuhnya dari kecederaan dan bersedia untuk diturunkan.

Sebelum ini kedua-dua pemain mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing – dan tidak diturunkan dalam perlawanan Ligue 1 menentang Toulouse yang berkesudahan dengan kemenangan 1-0 pada hujung minggu yang lalu.

. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)
Lebih sukar jika tidak kenal lawan

Menurut Klopp, ianya pasti lebih sukar untuk melakukan persiapan bertemu lawan sekiranya pemain-pemain beliau tidak mengetahui siapa lawan yang bakal mereka hadapi.

“Ianya lebih sukar untuk melakukan persiapan sekiranya kami tidak mengenali siapa pemain yang lawan akan turunkan,” jelas Klopp.

“Kami memberikan beberapa video untuk pemain kaji. Namun generasi pemain pada hari ini mungkin sudah menonton lebih 500,000 video mengenai Mbappe, Neymar atau pun [Edinson] Cavani. Kerana itu, pemain mungkin lebih mengenali kekuatan dan kelemahan lawan berbandings saya.

“Namun demikian penyerang lawan hanya mampu menyerlah sekiranya diberi peluang untuk memiliki penguasaan bola. Itulah perkara yang harus kami pertahankan.”

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 18: Neymar Jr of PSG, Trent Alexander-Arnold of Liverpool (left) during the Group C match of the UEFA Champions League between Liverpool FC and Paris Saint-Germain (PSG) at Anfield on September 18, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)
Salah sudah bersedia

Dalam perkembangan lain, Klopp turut mengesahkan penyerang sensasi dari Mesir, Mohamed Salah sudah cergas sepenuhnya untuk perlawanan yang akan berlangsung di Paris itu.

Penyerang sayap berusia 26 tersebut menjaringkan 42 gol di semua pertandingan pada musim lalu, namun bergelut dengan prestasi pada awal musim selepas Piala Dunia akibat kecederaan bahu yang dialami ketika perlawanan akhir UEFA Champions League pada musim lalu.

Bekas pemain Chelsea dan AS Roma itu setakat ini telah menyumbang sembilan gol dari 18 penampilan – enam dari gol tersebut hadir melalui tujuh penampilan terakhir bersama Liverpool.

(Dave Thompson/PA via AP)
Tidak pernah ragu

“Mo Salah juga manusia biasa dan beliau turut memerlukan masa. Semuanya dalam keadaan baik. Secara keseluruhan, beliau sudah cergas 100%.

“Malah sebelum kalendar antarabangsa yang lalu bermula, anda boleh melihat bagaimana segalanya kembali pulih seperti biasa untuk Salah.

“Jika anda mempunyai keraguan, itu perkara yang pasti akan memberi kesan kepada prestasi. Tetapi Salah tidak pernah mempunyai keraguan, begitu juha saya. Tidak ada sesiapa di Liverpool yang ragu akan keupayaan Salah.” jelas Klopp mengenai ayam tambatan beliau itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN