Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata kehadiran pemain Jepun iaitu Takumi Minamino ke kelab itu adalah satu perkara yang berlaku tepat pada waktunya.
Bercakap kepada pihak media, Klopp mengatakan kehadiran Minamino ke pasukan dapat membantu skuad Liverpool yang kini sedang mengalami masalah kecederaan.
“Melihat kepada situasi pasukan yang penuh dengan kecederaan, kami hanya ada 14 pemain sahaja yang cergas.”
Buat masa sekarang, Liverpool mempunyai masalah kecederaan pemain terutamanya pemain-pemain utama seperti Fabinho, Joel Matip, Alex Oxlade-Chamberlain dan ramai lagi.
Namun begitu, Klopp berkata Minamino sendiri akan menentukan sama ada cepat atau lambat pemain itu akan beraksi untuk Liverpool.
“Kita akan lihat berapa pantas Takumi Minamino mengadaptasi corak permainan Liverpool. Akan tetapi, corak permainan kami dengan RB Salzburg tidak terlalu berbeza dan beliau sendiri sudah mempelajarinya jadi ianya baik untuk kami.”
Liverpool akan bertandang ke King Power Stadium untuk bertemu Leicester City dalam misi untuk memungut tiga mata selepas menjalani tugasakan Piala Dunia Kelab di Qatar.