Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi pesanan kepada Manchester United, lebih baik mereka tunggu seminggu lagi untuk mengubah nasib buruk mereka musim ini.
Pasukan bimbingan Klopp akan berkunjung ke Old Trafford pada Ahad dengan perbezaan 5 mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Manchester City. Namun mereka memiliki kelebihan satu perlawanan. United pula ketinggalan 15 mata jauh ketinggalan di tangga ke-14.
Pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini mengatakan aksi menentang Liverpool adalah ‘perlawanan sempurna’ untuk meningkatkan motivasi pemainnya yang bergelut dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Liverpool are yet to find a win against Man United at Old Trafford since Jurgen Klopp took over.
With the Red devils current form, could this be the perfect chance for them to clinch a victory?#PL #MUNLIV pic.twitter.com/2jLMxr9YDl
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) October 18, 2019
Sementara itu Klopp pula dalam responnya merasakan keyakinan Solskjaer itu tidak realistik atau tidak berpijak di bumi yang nyata.
“Saya rasa kebanyakan pasukan tidak suka untuk bertemu dengan pasukan kami ketika ini. Nampaknya Manchester United satu-satunya pasukan yang mahu menentang kami. Kita perlu pastikan ianya adalah salah faham.
“Saya akan lakukan perkara yang sama [jika di tempat Solskjaer], tetapi jika situasinya berbeza. Ini adalah perlawanan yang penting di mana kita mahu mengubah nasib pasukan,” kata pengurus berusia 52 itu lagi.
“Mereka kini dalam situasi yang mereka sebenarnya tidak suka tetapi mereka nampak begitu yakin. Jadi kami cuma mahu berpesan, jika kamu tetap mahu mengubah nasib, kamu mulakanlah minggu depan [selepas perlawanan dengan Liverpool], itu sahaja.”
#OnThisDay in 2015, Jurgen Klopp took charge of his first game as @LFC manager.
It hasn't went too badly since then, has it?😛 pic.twitter.com/iVOySyuFPC
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 17, 2019
Satu-satunya kemenangan United dalam lima perlawanan terakhir mereka adalah kemenangan melalui sepakan penalti menentang Rochdale dalam saingan Piala Carabao dan prestasi terumbang ambing pasukan itu meningkatkan tekanan kepada Solskjaer.
Klopp berkata beliau faham setiap pengurus di dunia ini perlu diberi masa yang cukup untuk membuktikan kemampuan mereka. Tetapi tambah beliau, tiada kelab yang mahu menunggu lama untuk meraih kejayaan.
Berdasarkan statistik, Solskjaer sebenarnya mengumpul 49 mata dalam 29 perlawanan pertamanya untuk United. Ianya mengatasi rekod Klopp dalam jumlah perlawanan yang sama dengan dua mata sejak beliau mengambil alih jawatan di Liverpool pada 2015.
📊First 29 Premier League games:
Ole Gunnar Solskjaer:
• 14W 7D 8L [49 points]Jurgen Klopp:
• 13W 8D 8L [47 points]Both had an injury crisis & unbalanced squads they did not create. pic.twitter.com/rr2IcFxlud
— Robbo (@utdrobbo) October 18, 2019
Ditanya mengenai perbandingan tersebut, Klopp mengatakan selepas 29 perlawanan, tiada sebarang perjanjian yang menetapkan beliau untuk menjadi pengurus yang sempurna 100% buat Liverpool.
“Saya tidak jelas mengenai kedudukan beliau [Solskjaer]. Apa yang kamu tulis itu tidak penting. Yang penting adalah apa yang pengurusan kelab mahu daripada beliau. Saya tidak ada apa-apa pendapat mengenai perkara tersebut.”